20 Ogos, 2008 14:19 PM Pengakap Mampu Bantu Wujudkan Keamanan Sejagat, Kata Abdullah MELAKA, 20 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pergerakan pengakap mampu membantu dalam mewujudkan keamanan sejagat berdasarkan kepada falsafah mereka yang menjurus kepada penekanan terhadap aspek mengenai persaudaraan, kedamaian dan keamanan. Perdana Menteri berkata anggota pengakap di seluruh dunia disemai dengan semangat persaudaraan yang tinggi, cintakan keamanan, kedamaian dan bersedia memberi pertolongan pada bila-bila masa. "Pengakap adalah satu pergerakan yang global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini hari ini. Jambori selama tujuh hari yang bermula sejak 18 Ogos lepas, dihadiri kira-kira 1,000 peserta dari negara rantau Asia Pasifik seperti Mesir, Lubnan, Thailand, Yaman...