Posts

Showing posts with the label peristiwa

Bintang Semangat Padi Kelas Dua

Image
MELAKA, 20 Nov 2006 -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan pingat Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua (Perak) kepada Gabenor Riau, Indonesia, Rusli Zainal sambil diperhatikan oleh Ketua Pengakap Malaysia, Datuk Seri Dr Sharie Mohd Salleh di Majlis Penganugerahan Bintang Dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan di Wisma Sri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Sumber : fotoBERNAMA sumbar : www.pmo.gov.my

Pengakap Mesti Ada Perasaan Kasih Sayang

Image
20 November, 2006 14:24 PM Pengakap Mesti Ada Perasaan Kasih Sayang, Kata Abdullah JASA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan pingat Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua (Perak) kepada Abu Bakar Mohamed, 78, sambil diperhatikan Ketua Pengakap Malaysia, Dato' Sri Dr Haji Shafie Mohd Salleh pada Majlis Penganugerahan Bintang Dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan. Foto: Hamzah Md Som MELAKA, 20 Nov (Bernama) -- Sebagai seorang bekas anggota pengakap, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tahu pengakap mengutamakan pembentukan sahsiah dan peribadi mulia serta bersemangat untuk bekerja secara sukarela terutama membantu golongan yang memerlukan. Perdana Menteri berkata bagi menjadi anggota Pengakap terbaik dan sedia bekerja membantu orang yang memerlukan bantuan, seseorang itu mestilah sentiasa mempunyai perasaan kasih sayang dalam jiwa mereka. "J...

Yang Dipertua Pengakap Negeri Pahang

Image
Ketua Pengakap Negara Dato’ Sri Dr Haji Shafie Haji Mohd Salleh sedang membetulkan pingat yang disampaikan kepada Dato’ Sri Adnan sempena penyampaian watikah pelantikan kepadanya selaku Yang Dipertua Pengakap Negeri Pahang serta Anugerah Tertinggi Bintang Semangat Padi. Yang turut memerhatikan ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kol. Prof. Datuk Kamaruddin Kachar serta Ketua Pengakap Negeri yang juga Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Dato’ Lias Mohd Nor (kanan sekali). Majlis ini berlangsung pada petang Selasa, 14 Ogos di Hotel Hyatt Regency, Kuantan. sumber : http://www.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=71&Itemid=2

Majlis Pengurniaan Bintang Tertinggi Pengakap

Image
sumber: http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk3/album.php?id=rk3_12&year=2003 Majlis Pengurniaan Bintang Tertinggi Pengakap, Bintang Semangat Padi Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Ketua Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap di Istana Negara pada 11 Ogos 2003. Ceremony to bestow the highest scouting award, Bintang Semangat Padi, to His Majesty the Yang di-Pertuan by Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Head of National Scout at the National Palace on 11 August 2003. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia ...

Persidangan Agung Kedua Majlis Pengakap Persekutuan Tanah Melayu

Image
PERSIDANGAN AGUNG KEDUA MAJLIS PENGAKAP PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tarikh Peristiwa: 25.03.1950 Pada hari ini 25.3.1950, berlangsung Persidangan Agung Kedua Majlis Pengakap Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Persidangan Agung ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Dalam persidangan ini, Encik E.M.F. Payne, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Tanah Melayu telah menyatakan bahawa satu pasukan pengakap seramai lapan orang akan dihantar untuk menghadiri Jambori Pengakap Seluruh Dunia yang akan diadakan di Austria, tahun hadapan. Sebanyak RM20,000 diperlukan untuk tujuan ini dan Jawatankuasa Majlis Pengakap Tanah Melayu akan memikirkan kemudian bagaimana memungut wang sebanyak itu. Persidangan juga telah bersetuju supaya seorang Setiausaha Tetap diadakan di ibu pejabat Kuala Lumpur untuk menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan pengakap. Perwakilan yang hadir juga bersetuju supaya ahli-ahli pengakap memberi derma teta...

Persidangan Pengakap Persekutuan Tanah Melayu

Image
PERSIDANGAN PENGAKAP SELURUH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tarikh Peristiwa:24.03.1949 Pada hari ini 24.03.1949, Sir Henry Gurney, Ketua Pengakap bagi Persekutuan Tanah Melayu telah merasmikan perjumpaan Majlis Pengakap-Pengakap Persekutuan yang pertama di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Seramai 46 orang wakil dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu telah hadir di perjumpaan itu yang dipengerusikan oleh En. I.F. Finn, Ketua Peseruhjaya Pengakap Persekutuan. Di majlis tersebut, Sir Henry Gurney telah mneyampaikan sijil-sijil kepada semua Persatuan pengakap dari seluruh negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam perbincangan yang telah diadakan, Majlis telah meluluskan rancangan menerbitkan sebuah majalah Pengakap Persekutuan dan menubuhkan sebuah khemah latihan di Kuala Lumpur . Di majlis itu juga En. T.R. Erians telah dilantik menjadi Setiausaha Kehormat dan En. Mohd Ali sebagai Penyimpan Amanah. Satu jamuan di King's House telah diadakan bagi meraikan Pesuruhjaya...

Perhimpunan Pengakap Malaysia Pertama

PERASMIAN PERHIMPUNAN PENGAKAP MALAYSIA PERTAMA Pada hari ini 17.8.1965, telah diadakan Perhimpunan Pertubuhan Pengakap Malaysia yang pertama telah diadakan bertempat di Kem Kijang, Jalan Tanjong Semut Api, Kota Bharu, Kelantan. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 109 pengakap seluruh Malaysia dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Mohd. Turut hadir di hari upacara pembukaan perhimpunan itu ialah Menteri Pengangkutan yang juga menjadi Pengakap Agong Malaysia , Dato' Sardon bin Hj. Jubir, Pesuruhjaya Agong Pengakap, Dato' Syed Isa bin Alwi dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri. Perhimpunan pengakap ini telah dapat menimbulkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di kalangan pelajar-pelajar, di samping dapat melatih pelajar bekerja dan berfikir secara berkumpulan, mengerat perhubungan antara Majlis-majlis Pengakap seluruh negara dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan berpersatuan...