Persidangan Agung Kedua Majlis Pengakap Persekutuan Tanah Melayu


PERSIDANGAN AGUNG KEDUA MAJLIS PENGAKAP PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Tarikh Peristiwa: 25.03.1950


Pada hari ini 25.3.1950, berlangsung Persidangan Agung Kedua Majlis Pengakap Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Persidangan Agung ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam persidangan ini, Encik E.M.F. Payne, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Tanah Melayu telah menyatakan bahawa satu pasukan pengakap seramai lapan orang akan dihantar untuk menghadiri Jambori Pengakap Seluruh Dunia yang akan diadakan di Austria, tahun hadapan. Sebanyak RM20,000 diperlukan untuk tujuan ini dan Jawatankuasa Majlis Pengakap Tanah Melayu akan memikirkan kemudian bagaimana memungut wang sebanyak itu.

Persidangan juga telah bersetuju supaya seorang Setiausaha Tetap diadakan di ibu pejabat Kuala Lumpur untuk menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan pengakap. Perwakilan yang hadir juga bersetuju supaya ahli-ahli pengakap memberi derma tetap untuk menguruskan pasukan masing-masing.

Perwakilan juga telah diberitahu mengenai Minggu Pengakap yang akan diadakan mulai 26 Mac 1950. Sebanyak 25% daripada kutipan dalam minggu tersebut akan diserahkan kepada persatuan pengakap di negeri masing-masing dan selebihnya akan diberikan kepada ibu pejabat.

Sesungguhnya, Persidangan Agung Kedua Majlis Pengakap Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan pada hari ini dalam tahun 1950 adalah yang pertama kali diadakan selepas Perang Dunia Kedua


Sumber : http://hids.arkib.gov.my/doc/2001/mac/25%5F03%5F1950%5F2001.htm

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN