Posts

Showing posts with the label ketua pengakap negara
Image
Khamis Disember 22, 2005 Shafie Salleh dilantik Ketua Pengakap Negara Yang di-Pertuan Agong menyampaikan watikah pelantikan Ketua Pengakap Negara kepada Shafie (Foto: Bernama ) PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Shafie Salleh hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pengakap Negara untuk tempoh lima tahun mulai 1 April lepas hingga 31 Mac 2010. Watikah itu disampaikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara. Jawatan Ketua Pengakap Negara sebelum ini disandang Tan Sri Sulaiman Daud yang juga bekas Menteri Pendidikan. Bercakap kepada pemberita di sini, Dr Shafie berkata Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Pengakap 2006-2010 bagi menangani segala cabaran yang dihadapinya. "Ia juga akan mengetengahkan PPM sebagai pertubuhan yang akan turut memberikan sumbangan penting kepada kemakmuran dan kemajuan negara," katanya mengenai pelan itu yang dijangka diumumkan selepas pe...

Ketua Pengakap Negara ke-2 ( 1961 - 1963 )

Image
Abd Rahman bin Talib Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916 di Temerloh Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran beliau dan kemudian melanjutkan pengajian di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman memulakan kerjayanya pada tahun 1940 dengan bertugas sebagai guru di Sekolah Abdullah, Kuantan. Selepas hampir lima tahun menjadi pendidik, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang pada tahun 1945. Pada tahun 1952, beliau telah mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1957, Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1959, Menteri Pelajaran pada tahun 1960 hingga 1962, Menteri Ke...

Ketua Pengakap Negara ke-4 ( 1975 - 1980 )

Tan Sri Dato' Haji Mohamad bin Ya'acob ( Menteri Besar Kelantan dari 1978 hingga 1990 ) Nama : Haji Mohamad b. Yaacob Nama Bapa : Yaacob b. Sulaiman Nama Ibu : Wan Minah bt. Wan Said Nama Isteri : Nik Azizah bt. Nik Kamil Pekerjaan Bapa : Berniaga dan Tukang Emas Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Adik Beradik : 5 orang (2 Lelaki,3 Perempuan) Keluarga: Mempunyai 4 orang anak iaitu; 1. Hisham bin Mohamed - lahir dalam tahun 1961 2. Hafizi bin Mohamed - lahir dalam tahun 1962 3. Idora bte Mohamed - lahir dalam tahun 1966 4. Mariam Adlina bte Mohamed - lahir dalam tahun 1971 Kelahiran: Dilahirkan dikampung Palekbang, Jajahan Tumpat, Kelantan pada 3hb. Januari,1926 Persekolahan: 1932 Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat, Kel...

Ketua Pengakap Negara @ Chief Scout

Image
Sebelum 1957 GENERAL SIR GERALD WALTER ROBERT TEMPLER SIR DONALD MACGILLIVRAY Selepas Merdeka (1957 - 1961) DATO' SULAIMAN DATO' ABDUL RAHMAN (1961 - 1963) ABD.RAHMAN TALIB (1963 - 1973) TUN SARDON JUBIR (1973 - 1980) TAN SRI MOHAMMAD YAAKOB (1984 - 2005) DATO' AMAR DR.SULAIMAN HAJI DAUD (2005 - kini ) DATO' SRI DR HAJI SHAFEI BIN HAJI MOHD SALLEH