Posts

Showing posts with the label kad

Kad Jemputan

Image
Ini adalah kad jemputan yang aku terima untuk sambutan 100 tahun pengakap malaysia.

Kad Keahlian K.L.M

Image
Ini adalah kad keahlian semasa menjadi ahli pengakap buat kali pertama. Kalau nak dihitung dari Julai 1991 hingga Julai 2008, dah masuk 17 tahun aku berpengakap, tak lama lagi bolehlah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Lama... he. he. he.. sempat ke aku terima, manalah tau kot-kot aku berhenti di tengah jalan. Satu lagi ialah kad matrik masa aku jadi guru pelatih (KPLI) kat Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit sesi 1991/1992. Kat maktab inilah aku diperkenalkan dengan dunia pengakap

Kad Kuasa Pesuruhjaya

Image
1. Kad ini adalah kad pengenalan diri Kakitangan/Pegawai/ Pengurusan Majlis Pengakap Negeri Selangor, untuk urusan rasmi. 2. Kad ini hendaklah dipulangkan kepada pengurusan Majlis Pengakap Negeri Selangor sekiranya berhenti daripada menjadi Kakitangan/ Pegawai/ Pengurusan atau dijumpai tercicir. 3. Kakitangan/ Pegawai/ Pengurusan hendaklah sentiasa memakai kad pengenalan ini semasa bertugas di dalam pejabat atau di luar pejabat.

Kad Keahlian Pengakap

Image
Seingat aku sejak aku masuk pengakap pada tahun 1991 sehingga sekarang sudah 4 kali berlaku pertukaran kad keahlian pengakap ( pemimpin ). Apa-apapun syabaslah kepada ibu pejabat PPM kerana dapat mengeluarkan kad yang cantik untuk tahun 2007. Tapi yang paling best ialah kad tahun 1995/96 tu, dapat diskaun 10% bila makan kat KFC.