Posts

Showing posts with the label ketua pesuruhjaya pengakap negara

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-3 ( 1963 - 1968 )

Image
Dato' Syed Esa bin Alwee Mantan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ( 18.05.1964 - 24.11.1964) Mantan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ( 25.11.1964 - 19.08.1969 )

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-4 ( 1969 - 1987 )

Image
Setelah penat mencari, akhirnya jumpa juga potret YBhg Dato' Syed Hashim bin Abdullah ,P.N.B.S., J.M.N., P.I.S., Pingat Pengakap Sedunia (Yang Tertinggi). mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang ke-4 ( 1969 - 1987 ) Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak ( April 1964 hingga Oktober 1965 ), sebelum itu pernah menjadi Presiden Ke-2 Majlis Belia Malaya dari tahun 1955 hingga 1957

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang Pertama ( 1957 - 1960 )

Image
Dato' Haji Muhammad Yusof (1900-1980) adalah seorang pendidik Malaysia yang terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap PIBG Sekolah Menengah Linggi, sekolah tersebut telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof pada 21 Ogos 1982. Pendidikan Dilahirkan pada 17 September 1900 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Haji Muhammad adalah adik kepada Allahyarham Pendita Za'ba. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir pada tahun 1907. Pada tahun 1908, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Linggi apabila bapanya berpindah balik ke tempat asalnya di Kampung Linggi. Haji Muhammad meneruskan pelajarannya di Kolej Melayu di Kuala Kangsar pada tahun 1909 hingga lulus Senior Cambridge . Atas dorongan R.O Winstedt, beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan menceburkan diri menjadi seorang pendidik setelah tamat latihan di Maktab Melayu Melaka. ...

Potret Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Image
Frank C. Sands (Pesuruhjaya Agong) 1910 ~ 1948 E.M.F. Payne (Pesuruhjaya Agong) 1948 ~ 1957 Mohamad Yusuf Bin Ahmad 1957 ~ 1960 Zainal Abidin Bin Ali 1960 ~ 1963 Dato' Syed Esa Bin Alwee 1963 ~ 1968 Dato' Syed Hashim Bin Syed Abdullah 1969 ~ 1987 Dato' Hj. Wan Puteh Bin Wan Mohd. Saman 1987 ~ 1989 Dato' Seri Hj.Yang Rashidi Bin Maasom 1990 ~ 2002 Dato Hamiddin Bin Abdullah 2002 ~ 2004 Kol Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar 2005 ~ 2008 Koleksi gambar yang terdapat di Muzium Pengakap Negeri Kelantan Sumber : http://www.scoutkn.org/log/kk/muz.htm