Persekutuan Pengakap Malaysia menganugerahkan pingat kepada orang-orang tertentu yang memberi khidmat cemerlang kepada pergerakan pengakap, baik mereka yang memakai uniform ataupun tidak. Antara Bintang dan Pingat yang dianugerahkan ialah Bintang Pahlawan , Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Pertama - Emas, Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Kedua - Perak, Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Pertama - Emas, Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Kedua - Perak, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Bintang Perkhidmatan Setia (PPS), Pingat Perkhidmatan Baik (PPB), Pingat Perkhidmatan Lama (PPL), and Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara . TAHNIAH !!! Kepada penerima-penerima anugerah pingat & sijil tahun 2006 dan 2007. Calon 2008 harap bersabar le, kalau ada rezeki dapatlah tu. Yang lain-lain tu tunjukkan komitmen yang tinggi kepada pengakap, rajin-rajinlah beraktiviti samada di kumpulan dan juga di daerah.