Posts

Showing posts with the label berita

CONTOHI KEJAYAAN PENGAKAP

Image
ARKIB : 26/04/2009 Contohi kejayaan pengakap Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SAIFUL HAIZAN HASAM pengarang@utusan.com.my MUHYIDDIN Yassin yang mengiringi Tun Abdullah Ahmad Badawi bergambar dengan pengakap pada Majlis Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia di Stadium Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ahmad Shabery Cheek dan Dr. Shafie Salleh. - Mingguan/ASWAD YAHYA KUALA LUMPUR 25 April - Persekutuan Pengakap Malaysia yang kini mencecah usia 100 tahun harus dicontohi kerana kejayaannya membentuk integrasi nasional di kalangan anggota badan beruniform tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat perpaduan jitu berjaya dibentuk di negara ini melalui gagasan Satu Malaysia. Selain itu beliau berkata, penghayatan ilmu dan asas kesetiaan kepada pemimpin turut menjadi simbol kejayaan badan tersebut dalam membentuk peribadi para anggotanya yang terdiri daripada pelajar sek...

Berita Pengakap Pahang II

ARKIB : 03/02/2009 Lencana sebahagian pakaian seragam KUANTAN 2 Feb. - Kerajaan Pahang menyarankan Pesuruhjaya Pengakap negeri menjadikan program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah sebagai salah satu agenda dalam projek-projek yang dijalankan oleh persatuan itu di negeri ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini, program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah merupakan projek yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri. "Lencana yang dianugerahkan itu boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada pakaian seragam rasmi pengakap. "Saya difahamkan Pesuruhjaya Pengakap Pahang sedang berusaha ke arah itu," katanya ketika menyampaikan Lencana bebas Denggi Pengakap Sekolah kepada 1,042 ahli pengakap seluruh negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek di sini. Menurut beliau, program itu dianggap berkesan dalam membasmi kes demam denggi kerana ahli-ahli pengakap tersebut merupakan sebahagian daripada penduduk kampung ...

Berita Pengakap Pahang

Image
Dato' Hamidin Abdullah ( tiga dari kiri) bersama sebahagian peserta Jambori Pengakap Daerah Jengka di Kem Tengku Mahkota, Pahang, kelmarin. ARKIB : 07/05/2009 80 Ahli Pengakap Jengka sertai Jambori Antarabangsa MARAN 6 Mei - Seramai 80 ahli pengakap dari Jengka di sini akan menyertai Jambori Pengakap Bandar Raya Warisan Bersejarah Dunia Ketujuh di Melaka selama lima hari bermula 30 Mei hingga 4 Jun ini. Penasihat kontinjen Pengakap Daerah Jengka, Datuk Hamidin Abdullah berkata, penyertaan dalam jambori antarabangsa merupakan peluang keemasan kepada peserta untuk bergaul dengan ahli pengakap dari seluruh dunia. ''Pembabitan ahli pengakap di peringkat dunia itu secara langsung dapat mengukuhkan semangat sukarelawan, patriotik dan kemanusiaan sejagat,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menutup Jambori Pengakap Jengka selama empat hari di Kem Tengku Mahkota di sini semalam. Hamidin yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara berkat...

Berita Pengakap ( 2006 )

Tanamkan Sikap Cintakan Alam Sekitar Di Kalangan Pengakap 19 Disember, 2006 22:22 p.m KUALA PILAH, 19 Dis (Bernama) -- Semangat cintakan alam sekitar perlu ditanam pada diri setiap anggota pasukan pengakap dan dijadikan sebagai salah satu aktiviti ketika perhimpunan besar seperti jambori, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman Said hari Selasa.Beliau berkata ini penting dalam membantu usaha kerajaan memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan generasi muda negara ini."Selain aktiviti perkhemahan serta aktiviti yang lainnya aktiviti yang menyemai sikap cintakan alam sekitar hendaklah dimasukkan sebagai salah satu acara penting dalam perhimpunan pengakap seperti jambori," katanya ketika menutup Jambori Pengakap Malaysia ke-11 di Pusat Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini.Seramai 6,000 orang pengakap menyertai jambori itu termasuk dari Indonesia, Maldives, Sri Lanka, Brunei, Singapura dan England. Jambori selama lapan hari itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan ...

Persatuan Pengakap Kerjasama Rantau Asean (ASARC)

20 Oktober, 2008 21:02 PM ASARC Bantu Kemboja, Laos Dan Vietnam Dalam Pergerakan Pengakapnya JAKARTA, 20 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengakap Kerjasama Rantau Asean (ASARC) akan membantu membangunkan pergerakan pengakap di Kemboja, Laos dan Vietnam supaya ketiga-tiga negera itu dapat mengambil bahagian aktif dalam persatuan ini.Setiausaha agung ASARC, Nasaruddin Shamsuddin berkata Kemboja mempunyai kira-kira 20,000 anggota pengakap, Vietnam pula kira-kira 30,000 orang yang menunjukkan minat dalam persatuan ini manakala pergerakan pengakap di Laos akan dibangunkan semula yang mula aktif sejak 1937.Beliau berkata ini adalah antara resolusi yang diambil pada persidangan ASARC kedua di sini selama tiga hari bermula Khamis lepas.Pada persidangan ini pemimpin Pramuka Indonesia Prof Azrul dipilih sebagai pengerusi ASARC sementara penggiat pengakap Malaysia, Nasaruddin dipilih sebagai setiausaha agung sementara Datuk Kaharuddin Momin sebagai bendahari.Nasaruddin berkata ASARC meletakkan harapa...