Berita Pengakap Pahang

Dato' Hamidin Abdullah ( tiga dari kiri) bersama sebahagian peserta Jambori Pengakap Daerah Jengka di Kem Tengku Mahkota, Pahang, kelmarin.

ARKIB : 07/05/2009

80 Ahli Pengakap Jengka sertai Jambori Antarabangsa

MARAN 6 Mei - Seramai 80 ahli pengakap dari Jengka di sini akan menyertai Jambori Pengakap Bandar Raya Warisan Bersejarah Dunia Ketujuh di Melaka selama lima hari bermula 30 Mei hingga 4 Jun ini.
Penasihat kontinjen Pengakap Daerah Jengka, Datuk Hamidin Abdullah berkata, penyertaan dalam jambori antarabangsa merupakan peluang keemasan kepada peserta untuk bergaul dengan ahli pengakap dari seluruh dunia.
''Pembabitan ahli pengakap di peringkat dunia itu secara langsung dapat mengukuhkan semangat sukarelawan, patriotik dan kemanusiaan sejagat,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menutup Jambori Pengakap Jengka selama empat hari di Kem Tengku Mahkota di sini semalam.
Hamidin yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara berkata, pengakap merupakan salah satu pasukan yang amat sesuai disertai pelajar kerana kurikulumnya mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia.
Misalnya, jelas beliau, semangat persaudaraan pengakap dapat mewujudkan perhubungan antara etnik tanpa mengira warna kulit.
Tambah beliau, Jambori Pengakap Melaka Bandar Raya Warisan Bersejarah Dunia Ketujuh merupakan satu platform kepada ahli pengakap untuk merealisasikan semangat jati diri.
''Oleh itu anggota pengakap yang menyertai jambori peringkat dunia itu perlu menunjukkan kesungguhan dan minat mendalam menjayakan aktiviti yang ditetapkan pihak penganjur,'' katanya.
Hamidin memuji inisiatif kerajaan Melaka yang menganjurkan jambori tersebut sekali gus menjadi medan pertemuan ahli pengakap dari seluruh dunia.
Menurut beliau, jambori itu akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN