Berita Pengakap Pahang II

ARKIB : 03/02/2009
Lencana sebahagian pakaian seragam
KUANTAN 2 Feb. - Kerajaan Pahang menyarankan Pesuruhjaya Pengakap negeri menjadikan program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah sebagai salah satu agenda dalam projek-projek yang dijalankan oleh persatuan itu di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini, program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah merupakan projek yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri.

"Lencana yang dianugerahkan itu boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada pakaian seragam rasmi pengakap.

"Saya difahamkan Pesuruhjaya Pengakap Pahang sedang berusaha ke arah itu," katanya ketika menyampaikan Lencana bebas Denggi Pengakap Sekolah kepada 1,042 ahli pengakap seluruh negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek di sini.

Menurut beliau, program itu dianggap berkesan dalam membasmi kes demam denggi kerana ahli-ahli pengakap tersebut merupakan sebahagian daripada penduduk kampung atau taman perumahan.

"Mereka mempunyai pengaruh besar ketika membuat lawatan dari rumah ke rumah kerana mereka kenal antara satu sama lain," jelasnya.

Kata Adnan, ahli-ahli pengakap terbabit mampu berperanan sebagai ejen dalam keluarga, masyarakat dan sekolah untuk memastikan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dihapuskan.

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN