Persatuan Pengakap Kerjasama Rantau Asean (ASARC)
20 Oktober, 2008 21:02 PM
ASARC Bantu Kemboja, Laos Dan Vietnam Dalam Pergerakan Pengakapnya
JAKARTA, 20 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengakap Kerjasama Rantau Asean (ASARC) akan membantu membangunkan pergerakan pengakap di Kemboja, Laos dan Vietnam supaya ketiga-tiga negera itu dapat mengambil bahagian aktif dalam persatuan ini.Setiausaha agung ASARC, Nasaruddin Shamsuddin berkata Kemboja mempunyai kira-kira 20,000 anggota pengakap, Vietnam pula kira-kira 30,000 orang yang menunjukkan minat dalam persatuan ini manakala pergerakan pengakap di Laos akan dibangunkan semula yang mula aktif sejak 1937.Beliau berkata ini adalah antara resolusi yang diambil pada persidangan ASARC kedua di sini selama tiga hari bermula Khamis lepas.Pada persidangan ini pemimpin Pramuka Indonesia Prof Azrul dipilih sebagai pengerusi ASARC sementara penggiat pengakap Malaysia, Nasaruddin dipilih sebagai setiausaha agung sementara Datuk Kaharuddin Momin sebagai bendahari.Nasaruddin berkata ASARC meletakkan harapan tinggi kepada Malaysia dan Indonesia untuk memimpinnya berdasarkan sejarah dan budaya pengakapnya dan antara yang paling aktif di rantau ini.Setiausagha agung itu berkata resolusi yang dicapai ini akan dikemukan kepada menteri luar dan menteri belia di semua 10 negara anggota Asean.ASARC juga sedang berusaha mendapatkan persetujuan pemerintahnya untuk mengaktifkan semula pengakapnya yang wujud sejak 1927, katanya kepada Bernama di sini.Beliau berkata Jambori Pengakap Asean ketiga akan diadakan di Singapura pada 2010 dan Persidangan ASARC ketiga di Kuala Lumpur pada 2011.Jambori Pengakap Asean kedua yang sedang berlangsung di Cibubur sehingga Ahad ini disertai kira-kira 1,000 anggota dari semua negara Asean kecuali Myanmar dan menyaksikan Malaysia menghantar kontinjen asing terbesar dengan kira-kira 80 anggota dan pemimpin.Pada persidangan dan jambori itu, Malaysia juga turut mengundang semua negara Asean menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Johor yang akan diadakan bulan depan dengan kira-kira 1,000 anggota dan pemimpin pengakap dari pelbagai negara menyertainya.-- BERNAMA

Comments