Ketua Pengakap Negara ke-4 ( 1975 - 1980 )

Tan Sri Dato' Haji Mohamad bin Ya'acob
( Menteri Besar Kelantan dari 1978 hingga 1990 )


Nama :

Haji Mohamad b. Yaacob

Nama Bapa :

Yaacob b. Sulaiman

Nama Ibu :

Wan Minah bt. Wan Said

Nama Isteri :

Nik Azizah bt. Nik Kamil

Pekerjaan Bapa :

Berniaga dan Tukang Emas

Pekerjaan Ibu :

Suri Rumah

Adik Beradik :

5 orang (2 Lelaki,3 Perempuan)

Keluarga: Mempunyai 4 orang anak iaitu;
1. Hisham bin Mohamed - lahir dalam tahun 1961
2. Hafizi bin Mohamed - lahir dalam tahun 1962
3. Idora bte Mohamed - lahir dalam tahun 1966
4. Mariam Adlina bte Mohamed - lahir dalam tahun 1971

Kelahiran:
Dilahirkan dikampung Palekbang, Jajahan Tumpat, Kelantan pada 3hb. Januari,1926

Persekolahan:

1932 Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

1933 Sekolah Melayu Mentuan, Kota Bharu, Kelantan.

1936 Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

1947 Memperolehi Sijil Sekolah Seberang Laut (Overseas School Certificate).

1954 Melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Lincoln's Inn, England.

1958 Memperolehi Ijazah 'Barister-at-Law'.

Perkhidmatan Kerajaan:

1947 Kerani Sementara di Pejabat Pos, Kota Bharu, Kelantan.

1948 Dilantik menjadi Pegawai Pentadbiran negeri Kelantan (Kelantan Civil Service) di tempat

di jajahan Pasir Mas sebagai Penolong Pegawai Jajahan.

1950 Bertukar ke Gua Musang, Ulu Kelantan sebagai Penolong Pegawai Jajahan.

1951 Bertukar ke jajahan Tumpat sebagai Penolong Pegawai Jajahan

sehingga pertengahan tahun 1951.

1951 Bertukar kembali ke Jajahan Pasir Mas sebagai Penolong Pegawai Jajahan.

1952 Bertukar ke Jajahan Tanah Merah sebagai Penolong Pegawai Jajahan.

1953 Dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.

1958 Bertugas semula di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok sebagai Penolong Pegawai Jajahan Bachok

1958 Memohon bertukar jawatan dari Pegawai Pentadbiran Negeri Kelantan kepada Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang.

1958 Bertugas di Muar Johor sebagai Pengadil (Majistrate)

1959 Bertugas pula di Batu Pahat Johor sebagai Pengadil (Majistrate) juga.

1960 Bertukar balik ke Muar, Johor dan dilantik sebagai Yang Di Pertua Mahkamah Tengah (President Sessions Court).

1962 Bertugas pula di Ipoh, Perak sebagai Timbalan Pendakwa Raya (Deputy Public Presecutor).

1964 Bertugas pula di Negeri Terengganu sebagai Penasihat Undang-Undang (Legal Adviser)

1967 Bertugas kembali di Johor sebagai Penasihat Undang-Undang (Legal Adviser).

1967 Bersara dan membuka Pejabat Peguamnya sendiri ‘Mohamed Yaacob & Co.’.

Bidang Politik:
Beliau sejak bertugas di Jajahan Pasir Mas tahun 1949 semasa menjadi penolong Pegawai Jajahan disana telah mencebur diri dalam politik dari Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Mas dan pernah juga dilantik sebagai perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Malaya. Oleh kerana beliau berasal daripada kampung dan faham benar masaalah yang dihadapi oleh orang-orang kampung terutama orang-orang Melayu, maka beliau telah mengambil keputusan menceburkan diri dalam politik secara langsung supaya beliau dapat membawa masaalah yang dihadapi oleh golongan miskin dan dapat berkhidmat terus kepada mereka.

Tanpa menghiraukan masa depan dan kesenangan keluarganya, beliau terus menawarkan diri sebagai salah seorang calon parti UMNO dalam Pilihanraya Kebangsaan tahun 1969. Masa itu harapan menang kepada calon-calon UMNO di Kelantan sangat tipis.

Dengan sifat jujur dan ikhlasnya beliau telah berjaya di[pilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Tanah Merah dengan memperolehi kelebihan undi sebanyak 1,007 mengalahkan calon PAS.

Dalam tahun 1970 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menterinya pula pada masa itu ialah Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman.

Pada 16hb. Januari 1973 beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan berkhidmat di bawah Tun Tan Siew Sin, Menteri Kewangan masa itu.

Beliau terus diberi kepercayaan untuk memikul tugas yang lebih rumit., berat serta mencabar iaitu pada bulan Ogos, 1973 beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau dianggap sejajar dengan Menteri Pelajaran yang lalu saperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Dr. Mahathir Mohamaed, Datuk Patinggi Ab. Rahman Yaakub.

Dalam Pilihanraya Kebangsaan tahun 1974 beliau sekali lagi menawarkan diri kepada rakyat dalam kawasan Parlimen Machang sekarang sebagai calon Barisan Nasional mewakili UMNO. Oleh sebab masa itu tidak timbul pertentangan di antara UMNO dengan PAS kerana PAS juga menjadi salah satu komponan Barisan Nasional, tambahan lagi tidak ada mereka yang sanggup menentang beliau maka beliau telah diistiharkan menang tanpa bertanding.

Selepas pilihanraya itu iaitu bulan Ogos, 1973 beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi dan Penyelidikan. Dalam tahun 1976 beliau bertukar pula ke Kementerian Perusahaan Awam sebagai Menteri Perusahaan Awam sehinggalah beliau diminta untuk bertanding di peringkat negeri pula dalam Pilihanraya Kebangsaan tahun 1978.

Dengan semangat cintakan negeri Kelantan tanah Serendah Sekebun Bunga, negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan kehendak pucuk pimpinan parti beliau sanggup menawarkan diri bertanding sebagai calon kawasan pilihanraya Undangan Negeri Kelantan dalam kawasan Lanas, Tanah Merah. Sedangkan masa itu beliau telah menjadi seorang Wakil Rakyat dan seorang Menteri sedangkan menjadi Wakil Negeri ini belum tentu menang dan belum tentu Negeri Kelantan dapat dikuasai oleh Parti Barisan Nasional kerana sejak tahun 1959 lagi Negeri Kelantan diperintah oleh parti PAS. Lagipun pendapatan sebagai Menteri Pusat jauh lebih tinggi daripada sebagai Mnenteri Besar.

Dengan keikhlasan dan kejujuran beliau dan dengan izin Allah Subhanahu Wataala pada 11hb.Mac 1978 beliau telah terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan Kawasan Lanas dan pada 23hb.Mac 1978 beliau diberi kepercayaan oleh parti mengetuai Kerajaan Barisan Nasional (UMNO dan BERJASA) yang pertama di kelantan sebagai Menteri Besar.

Semasa beliau mengetuai Kerajaan Barisan Nasional, banyak perubahan berlaku di Kelantan terutama pembangunan sosial rakyat dan pembangunan kemudahan-kemudahan asas di Kelantan.

Dalam Pilihanraya Kebangsaan tahun 1982 beliau sekali lagi berjaya mengalahkan calon PAS dan terus diberi kepercayaan mengetuai Kerajaan Barisan Nasional.

Jawatan Dalam Parti:

1949 Sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Mas.

1949 Sebagai Perwakilan UMNO Negeri Kelantan ke Mesyuarat Agong UMNO Malaya

1950 Sebagai Ketua pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas

Sejak 1973 Ketua UMNO Bahagian Machang Kelantan

Sejak 1974 Ketua UMNO Bhagian Tanah Merah Kelantan

Sejak 2.8.1975 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Sejak 1978 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Disamping kejayaannya dalam lapangan politik, beliau juga menceburkan diri dalam pergerakan sosial yang lain, diantaranya yang paling diminati dari sejak dibangku sekolah ialah ‘Pengakap’. Pada 20hb.Mac 1975 beliau telah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan ampuni perkenan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Ketua Pengakap Negara sehingga Mac 1980. Beliau terpaksa meletak jawatan ini oleh kerana masa beliau diperlu di Kelantan.

Beliau berminat dari kecil lagi mempelajari Ilmu Ugama dan sentiasa mengamalkannya. Beliau sudah empat kali ke Mekah menunaikan Fardhu Haji iaitu dalam tahun 1971, 1974, 1980 dan 1983. Pada 9hb.Mac 1979 beliau telah memimpin rombongan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan seramai 10 orang melawat negara-negara Islam Timur Tengah iaitu Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Abu Dhabi, Mesir dan Libya. Dalam tahun 1982 beliau ke Indonesia kerana memimpin rombongan ulamak untuk memerhati dan mempelajari Sistem Pelajaran Pondok di Indonesia bagi panduan penubuhan Pondok cara baru di Kelantan. Disamping itu beliau telah melawat negara-negara perindustrian saperti Jepun, Korea selatan dan Jerman Barat bagi meninjau kemajuan perindustrian disamping menggalakan pelabur-pelabur asing melabur di Kelantan terutama dalam kawasan industri yang baru dibuka di Kelantan.

Kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang beliau kepada negara dan masyarakat beliau telah dianugerahkan bintang kebesaran ‘Paduka Mahkota Kelantan’ (P.M.K.), ‘Seri Paduka Mahkota Kelantan’ (S.P.M.K.) dan pengurniaan gelaran Dato’ Bentara Kanan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan dan bintang kebesaran ‘Setia Mahkota Terengganu’ (S.M.T.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Terengganu. Dari Kerajaan Sabah beliau dianugerah bintang kebesaran ‘Oabgkuna Genukabg Darhag Jinabalu’ (P.G.D.K.) pada tahun 1975 yang membawa gelaran Datuk. Dari Kerajaan Negeri Sarawak, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk Amar (D.A.) oleh Yang DiPertua Negeri Sarawak pada tahun 1982.

Kegemaran beliau disamping menemui rakyat dan mendengar masalah hidup mereka, beliau amat gemar bermain golf dan membaca buku.

Sumber : http://www.ppak.kelantan.edu.my/kelantan/sej/tokoh/mohamed.html

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN