Persidangan Pengakap Persekutuan Tanah Melayu


PERSIDANGAN PENGAKAP SELURUH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Tarikh Peristiwa:24.03.1949


Pada hari ini 24.03.1949, Sir Henry Gurney, Ketua Pengakap bagi Persekutuan Tanah Melayu telah merasmikan perjumpaan Majlis Pengakap-Pengakap Persekutuan yang pertama di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Seramai 46 orang wakil dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu telah hadir di perjumpaan itu yang dipengerusikan oleh En. I.F. Finn, Ketua Peseruhjaya Pengakap Persekutuan.

Di majlis tersebut, Sir Henry Gurney telah mneyampaikan sijil-sijil kepada semua Persatuan pengakap dari seluruh negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam perbincangan yang telah diadakan, Majlis telah meluluskan rancangan menerbitkan sebuah majalah Pengakap Persekutuan dan menubuhkan sebuah khemah latihan di Kuala Lumpur.

Di majlis itu juga En. T.R. Erians telah dilantik menjadi Setiausaha Kehormat dan En. Mohd Ali sebagai Penyimpan Amanah. Satu jamuan di King's House telah diadakan bagi meraikan Pesuruhjaya Tinggi bersama-sama pengakap dan pandu puteri.

Sesungguhnya persidangan pengakap yang pertama kali diadakan pada hari ini dalam tahun 1949 dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli persatuan untuk meningkatkan lagi kebajikan sosial di kalangan ahli-ahli persatuan.

Sumber: http://hids.arkib.gov.my/doc/2006/mac/24%5F03%5F1949%5F2006.htm

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN