Perhimpunan Pengakap Malaysia Pertama

PERASMIAN PERHIMPUNAN PENGAKAP MALAYSIA PERTAMA


Pada hari ini 17.8.1965, telah diadakan Perhimpunan Pertubuhan Pengakap Malaysia yang pertama telah diadakan bertempat di Kem Kijang, Jalan Tanjong Semut Api, Kota Bharu, Kelantan.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 109 pengakap seluruh Malaysia dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Mohd.

Turut hadir di hari upacara pembukaan perhimpunan itu ialah Menteri Pengangkutan yang juga menjadi Pengakap Agong Malaysia, Dato' Sardon bin Hj. Jubir, Pesuruhjaya Agong Pengakap, Dato' Syed Isa bin Alwi dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri.

Perhimpunan pengakap ini telah dapat menimbulkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di kalangan pelajar-pelajar, di samping dapat melatih pelajar bekerja dan berfikir secara berkumpulan, mengerat perhubungan antara Majlis-majlis Pengakap seluruh negara dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan berpersatuan.

Kesimpulannya Perhimpunan Pengakap Malaysia telah berjaya menjuruskan masyarakat pelajar ke arah hidup yang lebih bermakna di samping dapat mengelakkan gejala-gejala sosial yang tidak diingini.

Sumber : http://hids.arkib.gov.my/doc/2001/ogos/17_08_1965_2001.htm

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN