Seratus Tahun Pengakap Malaysia?

Dalam keghairahan kita menyambut Perayaan 100 Tahun Pengakap Malaysia ( 1908 - 2008 ), kita tidak sedar bahawa kita masih banyak mempunyai kelemahan yang perlu kepada penambahbaikan.
Saya ingin ketengahkan satu perkara, iaitu tentang sejarah pergerakan pengakap di negara kita Malaysia. Rata-rata buku ataupun laman web mencatatkan permulaan sejarah di Malaysia ialah pada tahun 1910, yang dimulakan di Singapura oleh F.C Sands. Cuma ada yang menulis, pergerakan Pengakap dipercayai dimulakan di Pulau Pinang pada tahun 1908, dan 1909 di Selangor, tetapi gagal. Adakah tanpa bukti yang kukuh seperti ini, kita mahu menganggap usia pengakap di negara kita sudah berusia 100 tahun. Apakah bukti yang kita ada? Adakah pada tahun 1910 itu kita mempunyai bukti yang yang boleh dilihat, atau sekadar ditulis oleh beberapa penulis dalam buku mereka atau laman web.
Seeloknya dalam kita menyambut Perayaan 100 tahun ini, kita adakah forum atau seminar yang membariskan para sejarawan kita untuk mencari bukti yang sahih tentang sejarah pergerakan di Malaysia. Bahan-bahan bukti atau bahan berkaitan dengan pergerakan Pengakap di Malaysia sepatutnya dikumpulkan dan disimpan di satu tempat seumpama muzium.

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN