Resah

Jam di dinding menunjukkan pukul 12.57 minit pagi...
tapi aku masih di sini, mengadap komputer ini
masuk blog ppm gombak ( hambar )
pergi menjengok tadashi ( baca puisi-puisinya )
buka sekejap a. samad said
singgah di blog rajiah ( baca kisah-kisahnya )
rasa macam nak menulis, macam tadashi, macam rajiah
tapi aku bukan seorang penulis...
tak tau apa nak tulis
tapi aku tetap resah
semua dah masuk tidor
hanya tinggal aku keseorangan
memikirkan di mana kesudahan aku
berjayakah aku atau gagalkah aku menjadi pemimpin
banyak perkara yang belum kuselesaikan
hanya aku yang tau
semuanya mungkin salah aku
selalu sibuk ( betulkah aku sibuk?)

Esok pagi aku nak ke shah alam
hantar anak ke jambori sempadan
petang pula nak mesyuarat lagi kat shah alam
( orang umah kata tak yah balik - entahlah )
memang letih ( patutkah aku berehat )

tapi esok aku akan gembira
melihat kawan-kawan menerima anugerah
pingat perkhidmatan baik,
sijil kepujian ketua pengakap negara,

betulkah aku, tak salah pilihkah aku
kerana masih ada yang masih belum terima
walau sudah lama.....

Itulah yang aku mampu
andaikata ku tersilap
tolong maafkan aku kawan

Aku memang letih
Aku ingin berehat
tapi bagaimana dengan mereka
bolehkah mereka terima

ah! ini soal aku
biarlah mereka
masih ada diluar sana yang sedang menanti
menunggu aku pergi
untuk mengganti
itu aku percaya
patah tumbuh hilang berganti

Aku masih resah
tak tau kenapa
mata masih tak mau tidor
esok pula nak bangun pagi

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
boring!!!!

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN