Setem 100 tahun pengakap

Setem 100 tahun pengakap



KOLEKSI KENANGAN: Kakitangan Pos Malaysia Bhd, Siti Nor Ain Ramlan menunjukkan setem 100 Tahun Pengakap Malaysia yang dijual Khamis ini di pejabat pos seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd mengeluarkan setem pos kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama sempena memperingati ulang tahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia yang dilancarkan pada 14 Ogos ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli, berkata setem berkenaan bertujuan menghargai pengakap dan memaparkan maklumat mengenai aktiviti persekutuan itu sejak 1908.

“Setem ini keluaran kelapan tahun ini dan edisi keempat setem kenang-kenangan sempena sambutan berkenaan.


“Ia akan dijual kepada orang ramai di semua pejabat pos seluruh Malaysia mulai Khamis ini,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran Ulang Tahun Ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia, Ismail Ramli, berkata majlis pelancaran bakal disempurnakan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Salleh .

“Majlis akan diadakan di Rumah B-P, Jalan Hang Jebat dan pelbagai aktiviti menarik membabitkan ahli pengakap sudah diatur sempena sambutan ulang tahun ini,” katanya.

INFO: Setem pengakap

  • Saiz 40mm x 30mm, berharga 30 sen paparkan Permulaan Berpengakap (1908) - pembacaan peta.

  • 50 sen, Era pembangunan (1957-1987) - titian monyet.

  • RM1, pengakap masa kini (1988-2008) - aktiviti air.
  • Sampul surat hari pertama 30 sen.

  • Folder dengan gambar Pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia, Lord Baden Powell, RM5.50.

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN