Posts

Showing posts from July, 2008

Ketua Pengakap Negara ke-4 ( 1975 - 1980 )

Tan Sri Dato' Haji Mohamad bin Ya'acob ( Menteri Besar Kelantan dari 1978 hingga 1990 ) Nama : Haji Mohamad b. Yaacob Nama Bapa : Yaacob b. Sulaiman Nama Ibu : Wan Minah bt. Wan Said Nama Isteri : Nik Azizah bt. Nik Kamil Pekerjaan Bapa : Berniaga dan Tukang Emas Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Adik Beradik : 5 orang (2 Lelaki,3 Perempuan) Keluarga: Mempunyai 4 orang anak iaitu; 1. Hisham bin Mohamed - lahir dalam tahun 1961 2. Hafizi bin Mohamed - lahir dalam tahun 1962 3. Idora bte Mohamed - lahir dalam tahun 1966 4. Mariam Adlina bte Mohamed - lahir dalam tahun 1971 Kelahiran: Dilahirkan dikampung Palekbang, Jajahan Tumpat, Kelantan pada 3hb. Januari,1926 Persekolahan: 1932 Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat, Kel

Berkenalan Dengan Pengakap Udara

Image
Monday, 07 July 2008 http://www.airscoutmalaysia.com/v1/ Welcome to Air Scout Malaysia Community Website. This website are specialy design for members who are registered with Air Scout Malaysia. Through this website members have a privilege to download notes for Air Scout Syllibus Subject for Airman and Kelana Class I & II. Air Scouting is a branch of Scouting, not a separate organisation. It is based on the same fundamental Scouting Aims & Methods. Air Scouts follow the core balanced programme for their section but then add a aeronautical twist to the programme and activities. Many Troops and Explorer Units meet more than once a week in the period and the additional meetings are used to develop aeronautical skills and airmanship training. It is not training for an Air Force career, although Air Scout training can be very useful for young people who are so interested. Air Scouts start with the Scout section as part of a Air Scout Group, or as a Air Scout

Perginya Seorang Pemimpin

Image
Pada tanggal 8hb Mac 2007, Naib Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Malaysia YBhg. Tan Sri Dato' Abdul Rafie bin Mahat telah kembali ke rahmatullah setelah diserang sakit jantung. Abdul Rafie, 60, yang dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selepas bersara wajib pada 31 Disember 2004, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.45 pagi. Allahyarham, yang dikenali sebagai antara tokoh pendidikan paling disegani . Abdul Rafie yang dilantik sebagai Pengerusi SPP pada 8 Jan 2005 secara kontrak masih mempunyai setahun lagi perkhidmatan. Dilahirkan pada 1 Ogos 1946, Abdul Rafie memulakan kariernya sebagai guru di Sekolah Menengah Tun Mutahir, Melaka pada tahun 1966. Pada tahun 1991 beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit Kokorikulum di Kementerian Pendidikan selepas berkhidmat sebagai Pengetua di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1985 hingga 1990. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelajaran Selangor dari 01.06.1998 - 15.06.1999 Beliau bersara

Buku Log Skim Lencana Anti Dadah

Image
Pengenalan : Buku log ini merupakan "BUKU KERJA" bagi setiap peserta Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ). Ianya merupakan suatu rekod atau rakaman aktiviti yang berkaitan dengan anti dadah yang dijalankan oleh peserta untuk tempoh maksimun dua tahun sebagaimana yang dinyatan dalam kurikulum skim tersebut.

Kursus Manikayu IV A 1992

Image
Buku Program Kursus bersama Buku catatan Kursus Manikayu IV A di Pulau Langkawi tahun 1992.

Kad Keahlian K.L.M

Image
Ini adalah kad keahlian semasa menjadi ahli pengakap buat kali pertama. Kalau nak dihitung dari Julai 1991 hingga Julai 2008, dah masuk 17 tahun aku berpengakap, tak lama lagi bolehlah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Lama... he. he. he.. sempat ke aku terima, manalah tau kot-kot aku berhenti di tengah jalan. Satu lagi ialah kad matrik masa aku jadi guru pelatih (KPLI) kat Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit sesi 1991/1992. Kat maktab inilah aku diperkenalkan dengan dunia pengakap

Sejarah Pengakap Negeri Kelantan

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP NEGERI KELANTAN - Pergerakan Pengakap dimulakan di Kelantan sebelum tahun 1927. - Pengasas dan Pemimpin pasukan pengakap yang pertama ialah Yang Mulia Tengku Ahmad Temenggong ( Tengku Ahmad Panglima Raja) - 1932 beliau menubuhkan pasukan pengakap yang pertama yang dinamakan “Old Majlisian” yang mengandungi 28 orang murid kelas malam anjuran Majlis Ugama Islam di Jalan To’ Semian, Kubang Pasu, Kota Bharu Kelantan. - Terdapat hanya empat (4) troop pengakap sahaja. - Troop Pertama – Training School Di Jalan Hospital off Jalan Doktor ( sekarang) Pada waktu itu memakai skaf berwarna merah. - Troop kedua – Sekolah Majlis Ugama Islam Kota Bharu, di hadapan Padang Merdeka ( sekarang) memakai skaf biru. - Troop Ketiga – Sekolah Melayu Banggol ( Sekolah Kebangsaan Abdul Hadi) memakai skaf kuning. - Troop Keempat – Sekolah Melayu

Sejarah Pengakap Negeri Pulau Pinang

SEJARAH PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG 1908 - Trup YMCA dipercayai adalah Trup pertama yang ditubuhkan oleh En. G.H. Goh seorang peguam bela. 1927 - Jambori Malaya pertama diadakan di Rifle Range Pulau Pinang. 1931 - Pembukaan Ibu Pejabat Pengakap di 115 Jalan Macalister. Pengakap Kelana pertama – Georgetown ke 12 (S) ditubuhkan. 1936 - Pembukaan Kem Jubilee di Teluk Bahang. 1945 - 16 ahli Pengakap Kelana Pertama berunifom penuh dengan bendera Kelana mengalu-alukan H M’s Forces pada 3hb September. 1948 - Minggu Kerja Pertama oleh Pengakap di Pulau Pinang. 1952 - Perjumpaan “B-P” Guild bekas pengakap diadakan di ACS Pykett Avenue. Mesyuarat dipengerusikan oleh ‘Resident Commissioner’ Encik R.P. Bingham. 1953 - General Sir Gerald Templer mencadangkan pengakap remaja Lim Cheng Tatt dikurniakan ‘Gilt Cross’ untuk keberanian kerana menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak dari mati lemas.

Bintang Semangat Padi Kelas Dua

Image
MELAKA, 20 Nov 2006 -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan pingat Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua (Perak) kepada Gabenor Riau, Indonesia, Rusli Zainal sambil diperhatikan oleh Ketua Pengakap Malaysia, Datuk Seri Dr Sharie Mohd Salleh di Majlis Penganugerahan Bintang Dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan di Wisma Sri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Sumber : fotoBERNAMA sumbar : www.pmo.gov.my

Pengakap Mesti Ada Perasaan Kasih Sayang

Image
20 November, 2006 14:24 PM Pengakap Mesti Ada Perasaan Kasih Sayang, Kata Abdullah JASA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan pingat Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua (Perak) kepada Abu Bakar Mohamed, 78, sambil diperhatikan Ketua Pengakap Malaysia, Dato' Sri Dr Haji Shafie Mohd Salleh pada Majlis Penganugerahan Bintang Dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan. Foto: Hamzah Md Som MELAKA, 20 Nov (Bernama) -- Sebagai seorang bekas anggota pengakap, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tahu pengakap mengutamakan pembentukan sahsiah dan peribadi mulia serta bersemangat untuk bekerja secara sukarela terutama membantu golongan yang memerlukan. Perdana Menteri berkata bagi menjadi anggota Pengakap terbaik dan sedia bekerja membantu orang yang memerlukan bantuan, seseorang itu mestilah sentiasa mempunyai perasaan kasih sayang dalam jiwa mereka. "J

Yang Dipertua Pengakap Negeri Pahang

Image
Ketua Pengakap Negara Dato’ Sri Dr Haji Shafie Haji Mohd Salleh sedang membetulkan pingat yang disampaikan kepada Dato’ Sri Adnan sempena penyampaian watikah pelantikan kepadanya selaku Yang Dipertua Pengakap Negeri Pahang serta Anugerah Tertinggi Bintang Semangat Padi. Yang turut memerhatikan ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kol. Prof. Datuk Kamaruddin Kachar serta Ketua Pengakap Negeri yang juga Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Dato’ Lias Mohd Nor (kanan sekali). Majlis ini berlangsung pada petang Selasa, 14 Ogos di Hotel Hyatt Regency, Kuantan. sumber : http://www.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=71&Itemid=2

Majlis Pengurniaan Bintang Tertinggi Pengakap

Image
sumber: http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk3/album.php?id=rk3_12&year=2003 Majlis Pengurniaan Bintang Tertinggi Pengakap, Bintang Semangat Padi Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Ketua Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap di Istana Negara pada 11 Ogos 2003. Ceremony to bestow the highest scouting award, Bintang Semangat Padi, to His Majesty the Yang di-Pertuan by Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Head of National Scout at the National Palace on 11 August 2003. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Persidangan Agung Kedua Majlis Pengakap Persekutuan Tanah Melayu

Image
PERSIDANGAN AGUNG KEDUA MAJLIS PENGAKAP PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tarikh Peristiwa: 25.03.1950 Pada hari ini 25.3.1950, berlangsung Persidangan Agung Kedua Majlis Pengakap Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Persidangan Agung ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Dalam persidangan ini, Encik E.M.F. Payne, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Tanah Melayu telah menyatakan bahawa satu pasukan pengakap seramai lapan orang akan dihantar untuk menghadiri Jambori Pengakap Seluruh Dunia yang akan diadakan di Austria, tahun hadapan. Sebanyak RM20,000 diperlukan untuk tujuan ini dan Jawatankuasa Majlis Pengakap Tanah Melayu akan memikirkan kemudian bagaimana memungut wang sebanyak itu. Persidangan juga telah bersetuju supaya seorang Setiausaha Tetap diadakan di ibu pejabat Kuala Lumpur untuk menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan pengakap. Perwakilan yang hadir juga bersetuju supaya ahli-ahli pengakap memberi derma teta

Persidangan Pengakap Persekutuan Tanah Melayu

Image
PERSIDANGAN PENGAKAP SELURUH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tarikh Peristiwa:24.03.1949 Pada hari ini 24.03.1949, Sir Henry Gurney, Ketua Pengakap bagi Persekutuan Tanah Melayu telah merasmikan perjumpaan Majlis Pengakap-Pengakap Persekutuan yang pertama di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Seramai 46 orang wakil dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu telah hadir di perjumpaan itu yang dipengerusikan oleh En. I.F. Finn, Ketua Peseruhjaya Pengakap Persekutuan. Di majlis tersebut, Sir Henry Gurney telah mneyampaikan sijil-sijil kepada semua Persatuan pengakap dari seluruh negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam perbincangan yang telah diadakan, Majlis telah meluluskan rancangan menerbitkan sebuah majalah Pengakap Persekutuan dan menubuhkan sebuah khemah latihan di Kuala Lumpur . Di majlis itu juga En. T.R. Erians telah dilantik menjadi Setiausaha Kehormat dan En. Mohd Ali sebagai Penyimpan Amanah. Satu jamuan di King's House telah diadakan bagi meraikan Pesuruhjaya

Jambori Pertama Pengakap Malaysia

Image
JAMBORI PERTAMA PENGAKAP MALAYSIA Pada hari ini dalam tahun 1966, 1 Jambori Pertama Pengakap Malaysia telah diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Jambori ini telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Lebih 2 ribu pengakap dari sebelas buah negara menyertai Jambori ini. Mereka ialah dari Malaysia, Republik Rakyat China, India, Korea Selatan, Nepal, Singapura, Fillpina, Thailand, Laos, New Zealand, Australia, Ireland dan United Kingdom. Perkembangan Pergerakan Pengakap di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1910 apabila ia ditubuhkan di Singapura dan di Pekan, Pahang. Semenjak itu pergerakan ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Jambori pengakap pernah diadakan di Pulau Pinang dalam tahun 1927, iaitu semasa pemerintahan Inggeris di negara ini. Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir yang juga Pengakap Agung Kebangsaan, dalam ucapan alu-aluannya di hari pembukaan berkata tujuan utama Jambori ini ialah unt

Perhimpunan Pengakap Malaysia Pertama

PERASMIAN PERHIMPUNAN PENGAKAP MALAYSIA PERTAMA Pada hari ini 17.8.1965, telah diadakan Perhimpunan Pertubuhan Pengakap Malaysia yang pertama telah diadakan bertempat di Kem Kijang, Jalan Tanjong Semut Api, Kota Bharu, Kelantan. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 109 pengakap seluruh Malaysia dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Mohd. Turut hadir di hari upacara pembukaan perhimpunan itu ialah Menteri Pengangkutan yang juga menjadi Pengakap Agong Malaysia , Dato' Sardon bin Hj. Jubir, Pesuruhjaya Agong Pengakap, Dato' Syed Isa bin Alwi dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri. Perhimpunan pengakap ini telah dapat menimbulkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di kalangan pelajar-pelajar, di samping dapat melatih pelajar bekerja dan berfikir secara berkumpulan, mengerat perhubungan antara Majlis-majlis Pengakap seluruh negara dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan berpersatuan

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang Pertama ( 1957 - 1960 )

Image
Dato' Haji Muhammad Yusof (1900-1980) adalah seorang pendidik Malaysia yang terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap PIBG Sekolah Menengah Linggi, sekolah tersebut telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof pada 21 Ogos 1982. Pendidikan Dilahirkan pada 17 September 1900 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Haji Muhammad adalah adik kepada Allahyarham Pendita Za'ba. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir pada tahun 1907. Pada tahun 1908, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Linggi apabila bapanya berpindah balik ke tempat asalnya di Kampung Linggi. Haji Muhammad meneruskan pelajarannya di Kolej Melayu di Kuala Kangsar pada tahun 1909 hingga lulus Senior Cambridge . Atas dorongan R.O Winstedt, beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan menceburkan diri menjadi seorang pendidik setelah tamat latihan di Maktab Melayu Melaka.