Sejarah Pengakap Negeri Kelantan

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP NEGERI KELANTAN

- Pergerakan Pengakap dimulakan di Kelantan sebelum tahun 1927.

- Pengasas dan Pemimpin pasukan pengakap yang pertama ialah Yang Mulia Tengku Ahmad Temenggong ( Tengku Ahmad Panglima Raja)

- 1932 beliau menubuhkan pasukan pengakap yang pertama yang dinamakan “Old Majlisian” yang mengandungi 28 orang murid kelas malam anjuran Majlis Ugama Islam di Jalan To’ Semian, Kubang Pasu, Kota Bharu Kelantan.

- Terdapat hanya empat (4) troop pengakap sahaja.

- Troop Pertama – Training School Di Jalan Hospital off Jalan Doktor ( sekarang)

Pada waktu itu memakai skaf berwarna merah.

- Troop kedua – Sekolah Majlis Ugama Islam Kota Bharu, di hadapan Padang Merdeka ( sekarang) memakai skaf biru.

- Troop Ketiga – Sekolah Melayu Banggol ( Sekolah Kebangsaan Abdul Hadi) memakai skaf kuning.


- Troop Keempat – Sekolah Melayu Pasir Mas memakai skaf merah.

- Pemimpin-pemimpin lain yang turut bergiat cergas dalam pasukan pengakap pada waktu itu antara lain ialah Yang Mulia Tengku Mahmood Mahyiddin dan H.R.Carey.

- Pada tahun 1929 , Abdul Hadi bin Hassan. Guru Pelawat Pejabat Pelajaran, Negeri Kelantan, memasukan pergerakan pengakap sebagai kegiatan ko-kurikulum di sekolah Melayu.

- Yang Dipertua pertama pergerakan pengakap Negeri Kelantan ialah Tuan Yang Terutama Lt.Col.D.A Somerville, Penasihat British (BA) Kerajaan Negeri Kelantan,merangkap Pesuruhjaya daerah Kelantan, mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Persekutuan Pengakap-Pengakap Kelantan yang telah disahkan pada 6 haribulan Mei 1932. ( Pada masa itu negeri Kelantan dianggap sebagai satu daerah pengakap)

- Dalam Tahun 1933 iaitu semasa H.R.Carey menjadi Pengusaha Pelajaran Sekolah Melayu Kelantan, Tengku Ahmad Raja dilantik menjadi ADC apabila H.R. Carey digantikan oleh Yang Mulia Tengku Mahmood Mahyideen, Tengku Ahmad Panglima Raja di lantik sebagai DC dan Tengku Mahmood sebagai ADC.

- Pada tahun 1932 Tuan H.R.Carey menyediakan kemudahan di pejabat Pelajaran sebagai Pejabat Pergerakan Pengakap.

- Pada tahun 1945 Yang Mulia Tengku Ahmad Panglima Raja memberi pinjam sebuah bilik dirumahnya di Jalan Doktor, Kota Bharu, sebagai pejabat pengakap dan “ Rover Den”.

Era Antara 1927 hingga 1941

- Era ini masih diterajui oleh Lt.Col.D.A Somerville sebagai Yang Dipertua. Yang Mulia Tengku Ahmad Panglima Raja sebagai Pesuruhjaya Daerah (DC) merangkap Pengerusi dan Tengku Mahmood Mahyideen sebagai Timbalan Pesuruhjaya Daerah (ADC)

- Era ini adalah era kesungguhan dan azam yang kuat,dedikasi dan penuh pengorbanan oleh tokoh-tokoh pengasas kumpulan pertama pengakap negeri Kelantan.

Era Antara 1941 hingga 1945

- Era ini adalah era pemerintahan Jepun.

- Aktiviti berpengakap adalah malap kerana ianya digantikan dengan aktiviti bercucuk tanam sayur-sayuran di sekolah.

- Era ini pergerakan pengakap Negeri Kelantan masih dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin pengakap Kumpulan Pertama.

- Mulai tahun 1945 pergerakan pengakap di negeri Kelantan dipulihkan.

- Tugas berat dan mencabar bagi mendokong Majlis dan pasukan Latihan Negeri.

- Antara tokoh terkemuka di zaman ini ialah Abdul Kadir Bakti (Pak Dir0. Encik Hashim bin Mohamad ( Dato’ Wira Jaya), Encik Abdullah Sani, Encik Bapoo Hashim, Encik Rahmat bin Hussein, Nik Hussien bin Nik Zainal ( dato’ Kaya Setia), Nik Abdullah bin Nik Hussein ,(Dato’ Kaya Setia ), Encik Yusof bin To’, Encik Wong Quek Boon, Encik Ab.Aziz bin Din,Encik Yusoff bin Omar, Encik Yusof bin Noh, Encik Ismail bin Sulaiaman, Encik Yaacob bin Abdullah, Encik Hassan bin Mohd Amin dan Encik Ab.Rahman bin Salleh.

- Proses pemulihan berhadapan dengan masalah besar iaitu ketandusan pemimpin-pemimpin pengakap yang terlatih.

- Langkah-langkah mengatasinya ialah dengan menghantar bakal-bakal pemimpin muda mengikuti Latihan Permulaan Manikayu (P.T.C) di Kuala Lumpur, yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Pengakap tanah Melayu.

- Akhirnya tertubuh Kem Kijang yang melatih pengakap-pengakap di Kelantan.

- Kem Kijang seterusnya menjadi salah satu pusat Pengakap Negeri dan Kebangsaan.

- Pergerakan pengakap Negeri Kelantan mendapat sokongan dan sumbangan daripada pemerintah tertinggi negeri hingga kepada pemimpin-pemimpin pengakap di sekolah-sekolah.

- Oleh sebab itu pergerakan di negeri ini maju dan berjaya mencapai matlamatnya.

- Kira-kira dalam tahun 1950 Ibu Pejabat pengakap Negeri Kelantan ialah di sebuah bangsal kayu beratap nipah di dalam kebun kelapa di Kubur Kuda yang dimiliki oleh Yang Mulia tengku Serimah Raja ( sekitar KB Mall sekarang)

- Ibu Pejabat ini adalah sementara menunggu siapnya Dewan Pengakap di jalan Bayam ( tapak sebuah stesen minyak Esso sekarang)

- Dewan ini dijadikan Ibu pejabat Pengakap Negeri dalam tahun 1953.

- Tapak bangunan Dewan Pengakap ini kemudianya diambil balik oleh Majlis Perbandaraan Kota Bharu dan digantikan dengan sebuah bangunan dua tingkat di jalan suara Muda Kota Bharu.

- Seterusnya Ibu pejabat Pengakap negeri Kelantan berpindah pula ke bangunan ini dalam tahun 1971.

- Di zaman pemulihan ini juga pergerakan pengakap kelana berjalan dengan baik di Kelantan terutamanya antara tahun 1958 dan 1970an.

- Pasukan kelana yang terkemuka ialah Kelana Kijang yang diketuai oleh Tuan Haji Ab.Kadir Bakti.

- Pasukan Kelana Mas dan Kelana Raya juga terkenal.

- Tahun 1970 pasukan pengakap perempuan pertama ditubuhkan.

- Pasukan ini ditubuhkan oleh Encik Ab.Rahman bin Abu Bakar Sekolah Menengah Kota Bharu,pada masa itu ordinan PPM menyebut budak lelaki sahaja.

- Tahun 1971 Pengakap Kelantan mengadakan Perkhemahan Agong.

- Perkhemahan ini dilawati oleh Tan Seri Sardon Jubir, Ketua Pengakap Negara pada ketika itu.

- Pada masa inilah Tan Seri Sardon Jubir bertemu dengan pasukan pengakap perempuan pertama yang menyertai Perkhemahan Agong itu.

Era Tahun 1981 Hingga 1990

- Zaman kemantapan pergerakan pengakap Negeri Kelantan.

- Ibu Pejabat Pengakap Negeri Kelantan berpindah ke Kem Kijang ( 1982)

- Bilangan pasukan/kumpulan bertambah dan bilangan pemimpin-pemimpin yang terlatih juga bertambah.

- Perkhemahan,perhimpunan,kursus,latihan dan ujian-ujian kepandaian kepengakapan dilaksanakan dengan lebih kerap.

- Sesungguhnya perkembangan pergerakan pengakap dalam zaman ini amatlah drastik.

- Dalam zaman ini Majlis Pengakap Negeri Kelantan (MPNK) diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tan Seri Mohamed bin Yaacob,Menteri Besar Kelantan yang pada masa itu sebagai Yang Dipertua,Dato’ Haji Salleh bin Haji Mohd Akib sebagai Pengerusi dan Tuan Haji Bapoo bin Mohd Hashim sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

- Dalam zaman inilah Kem Kijang membangun dengan pesat sempena persiapan untuk menjadi tuan rumah kepada Jambori Pengakap Asia Pasifik ke-7 dan Jambori Malaysia Ke-5.

- Hasil pembangunan itu,Majlis Pengakap Negeri Kelantan mempunyai asset yang membawa pulangan yang selesa bagi menampung bajet dalam semua bidang kegiatan berpengakap di Negeri Kelantan.

- Kegiatan-kegiatan aktiviti/latihan Dewasa Dalam Pengakap,kursus-kursus,latihan dan ujian-ujian menuju ke pencapaian tertinggi bagi pemimpin pengakap iaitu Manikayu dan anugerah Sijil Pengakap Raja bagi pengakap dapat dilaksanakan dengan pesat dan lancar.

- Hasilnya bilangan pemimpin-pemimpin yang berkelayakan dan bilangan yang berjaya mencapai tahap Pengakap Raja bertambah dari tahun ke tahun.

- Pernah pada tahun 1992, Pasukan Latihan Pengakap Negeri Kelantan mencapai kadar satu orang pemimpin bagi lapan prang pengakap ( 1:8)

- Bagi pengakap pula Pasukan Latihan pernah berjaya mengeluarkan seramai 96 orang Pengakap Raja setahun dalam tahun 2002.

Era Tahun 1991 Hingga 2002

- Era kelancaran Pergerakan Majlis Pengakap Negeri Kelantan

- Era ini MPNK dipimpin oleh Tuan Haji Hassan bin Haji Hussin selaku Yang Dipertua,Dato’ Haji Salleh bin Haji Mohd Akib sebagai Pengerusi dan Tuan Haji Hasan bin Mohd Amin/Haji Nawi bin Haji Othman sebagai Pesuruhjaya Negeri bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasanya.

- Dalam era ini satu sistem perbelanjaan berhemat telah diperkenalkan untuk menstabilkan kewangan MPNK.

- Perintah-Perintah Am Dan arahan Pentadbiran dikeluarkan.

- MPNK adalah nadi kepada Pasukan Latihan Negeri

- Kewangan MPNK adalah dalam keadaan lega.

Era Tahun 2002 Hingga Sekarang

- Era ini adalah era perkembangan berterusan 9 sustain growth)

- Kualiti dan kuantiti kepengakapan sentiasa dipertingkatkan.

- Kewangan kukuh dan stabil.

- Pendokong Majlis Pengakap Negeri Kelantan dalam era ini ialah Tuan Haji Hassan bin haji Husain sebagai Yang Dipertua,Dato’ Haji Salleh bin Haji Mohd Akib sebagai Pengerusi dan Tuan Haji Nawi bin Othman sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri.


Sumber : http://www.scoutkn.org/log/pro/sej.htm


Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN