Sejarah Pengakap Negeri Pulau Pinang

SEJARAH PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG

1908 - Trup YMCA dipercayai adalah Trup pertama yang ditubuhkan oleh
En. G.H. Goh seorang peguam bela.

1927 - Jambori Malaya pertama diadakan di Rifle Range Pulau Pinang.

1931 - Pembukaan Ibu Pejabat Pengakap di 115 Jalan Macalister.
Pengakap Kelana pertama – Georgetown ke 12 (S) ditubuhkan.

1936 - Pembukaan Kem Jubilee di Teluk Bahang.

1945 - 16 ahli Pengakap Kelana Pertama berunifom penuh dengan bendera Kelana mengalu-alukan H M’s Forces pada 3hb September.

1948 - Minggu Kerja Pertama oleh Pengakap di Pulau Pinang.

1952 - Perjumpaan “B-P” Guild bekas pengakap diadakan di ACS Pykett Avenue. Mesyuarat dipengerusikan oleh ‘Resident Commissioner’ Encik R.P. Bingham.

1953 - General Sir Gerald Templer mencadangkan pengakap remaja Lim Cheng Tatt
dikurniakan ‘Gilt Cross’ untuk keberanian kerana
menyelamatkan nyawa seorang
kanak-kanak dari mati lemas.

1955 - Pembukaan Kem Coronation oleh Lord Rowallan Ketua Pengakap
United Kingdom dan Commonwealth

1957 - Centonoree diadakan di kem Jubilee dan Queen Scout Wee Chong Keat mewakili Pulau Pinang ke Jambori Jubilee di England.

1958 - Lady Baden-Powell memeriksa Rally Pengakap dengan beca ditunggang oleh seorang pengakap raja.

1959 - 5 pengakap remaja termasuk YB. Dato’ Dr. Sak Cheng Lum mewakili Pulau Pinang dalam Jambori Dunia ke 10 di Philipina.

1961 - Jambori pertama Pulau Pinang diadakan di Kem Jublilee.
Roverette pertama Pulau Pinang di adakan di kem Jubilee di bawah ARSL Shamugam
sebagai ketua kem.

1962 - Indaba Malaya pertama diadakan di kem Jubilee di Pulau Pinang .

1963 - Tiga pengakap remaja mewakili Pulau Pinang ke Jambori dunia ke-11 di Athens, Greece .

1964- Ketua Pengakap Commonwealth sir Charles Maclean melawat Pulau Pinang .

1966 - Jambori Malaysia pertama diadakan di Kem Jubilee. Seramai 2000 Pengakap dari 12
negara luar dan 13 negeri Malaysia mengambil bahagian. Ketua kem adalah Datuk Wong
Pow Nee bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan seorang pemimpin pengakap yang aktif..

1969 - Pembukaan resmi Wisma Pengakap di 1 Scotland Close oleh Y.T.M. Tengku Abdul
Rahman Putra Al-haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

1973 - Indaba pertama Pulau Pinang di adakan di Kem Coronation dan ketua kem adalah En Ho Wai Foon.

1974- Jamborette Pulau Pinang ke 2 di Kem Coronation. Kem dianjurkan oleh ‘George Town
(North) Local Association of Scouts dan ketua kem ADC Lim Eng Ghee.

1975 - Skud Perkhidmatan Pengakap ditubuhkan dibawah ASC Lim Eng Ghee.
Nordjamb diadakan di Kem Coronation dan dihadiri oleh pengakap dari Selatan Thailand ,
Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

1976- ‘Goodwill Camp’ pertama untuk organisasi beruniform diadakan di Kem Coronation.
Surat khabar pengakap Suara Pengakap dilancarkan.
“Scoutwalk 76” diadakan untuk mendapat dana membangunkan Kem Teluk
Bahang baru.

1979 – Jambori kanak-kanak antarabangsa diadakan di kem Coronation.

1982- Jamuan Ulang tahun ke 76 dianjurkan oleh Jawatankuasa ‘BP Scout Brotherhood'
Pulau Pinang.

1984 – ‘2nd Scout Sedan Chair Rally’ yang terbesar dianjurkan oleh Pengakap Kelana ke
21 Georgetown (U) di Kem Coronation.
‘1st International Scout Games Galore’ diadakan di Wisma Pengakap Pulau
Pinang dan
dihadiri oleh pengakap dari Australia dan Indonesia.
‘1st Penang and Province Wellesley Cub/Brosnies Gathering’ diadakan di Kem Coronation.

1986- Tapak perkhemahan baru di Teluk Bahang diperolehi dengan pajakan 99 tahun.

1989- ‘MBS Scout Gangshow 89’ in aid of ‘Ho Wai Foon Memorial Fund’ untuk Pertumbuhan
tapak Perkhemahan Teluk Bahang.

1992 - Kempori untuk pengakap kanak-kanak diadakan di kem coronation.

1993 - Pekbori pertama diadakan di Kem Coronation. Seramai 700 pengakap kanak-kanak
mengambil bahagian.

1994 - ‘A Campfire Leaders’ khusus diadakan di Kem Coronation untuk pengakap dan pemimpin pengakap.
Malam Indaba Pulau Pinang diadakan di Wisma Pengakap dengan tema ‘Scout Vision to the Year 2002’.

1995 – ‘A join-in Jamboree bersama Jombori ke 18 dunia di Netherlands di adakan di Kem
Coronation. Sebanyak 1 200 pengakap dan pandu puteri mengambil
bahagian. Ketua
kem adalah ASC Goh Khee Sian.
Malam Anugerah Pengakap Raja diadakan di Rasa Sayang Resort. Tertamu utama
adalah Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinanag Tun Dato’ Seri (Dr.)
Haji Hamdan
b. Sheikh Tahir.
Seramai 67 ahli pengakap menerima Anugerah Pengakap Raja.

1996 – Negeri Pulau Pinang menganjurkan ‘2nd National B-P Brotherhood/Guilds Seminar di
Komtar.
Jamborette Pulau Pinang di adakan di Kem Coronation dan sebanyak 1300 ahli
Pengakap
dari Malaysia dan Indonesia menghadirinya.
Ketua Kem adalah ASC Leong Kok Hin.
Majalah Pengakap ‘Media Pengakap’ dilancarkan.
Upacara Anugerah Pengakap Raja
diadakan di Shangri La Ballroom dan seramai 108 ahli pengakap menerimanya.

1997- Tapak pengakap baru di Gullemard Reservoir Tanjung Bunga diperolehi secara rasmi
dengan pajakan 20 tahun.
‘Gongsi Raya’ sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa Aidii Firtri di
adakan di
Wisma Pengakap.
‘World Scouts Day Rally’ diadakan di Esplnade dan 2 000 ahli pengakap dari 7 daerah
Pulau Pinang menghadirinya.
Seramai 38 ahli pengakap menerima Anugerah Pengakap Raja dari Tuan Yang
Terutama
Gabenor Pulau Pinang di Shangri La Ballroom.
Perkhemahan diadakan kali pertama di KOMTAR dan DOME.
Seramai 1000 ahli
Pengakap dan ndu puteri menghadiri.
‘Jamboree-on the Air’ dan Jamboree on the
Internet diadakan kali pertama di bawah Ketua Kem ASC Yeap Boon Lee.
‘Penang State Scout Gangshow 1997’ diadakan untuk mengutip dana pertumbuhan
dan penyelenggaraan tapak perkhemahan Gullermard Reservoir. Temanya adalah
‘Scouting Fun for Fund’

2005 -Tapak perkhemahan bersejarah di gunakan buat kali terakhir dan dipulangkan kepada kerajaan negeri Pulau pinang.

sumber : http://scoutpulaupinang.blog.com/1853064/


Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN