Posts

Image
ARKIB : 20/01/2010 ( Utusan Online ) Tingkat kemahiran KAHARUDIN Momin (tengah-baris depan) bergambar bersama penerima anugerah Manik Kayu Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Negeri Johor di UTHM, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini. SERAMAI 65 ahli pengakap pelbagai peringkat di negeri ini menyertai kursus manik kayu anjuran Persekutuan Pengakap Negeri Johor baru-baru ini. Dengan kejayaan menyertai kursus tersebut, para peserta kini diiktiraf sebagai pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana dalam persatuan itu. Majlis penganugerahan sijil kepada peserta yang diadakan di Dewan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Kaharudin Momin. Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Yaacob A. Karim.
Image
100 Tahun Menabur Jasa Posted on the November 30th, 2009 under Berita, Unik by Syedz Evolusi seabad Pengakap di bumi Malaysia PERGERAKAN Pengakap menjadi antara pasukan beruniform paling digemari kebanyakan remaja sejak dulu lagi dan tidak ketinggalan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (berdiri lima dari kanan) sewaktu belajar di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. BELIAU pernah cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu kem jambori biasa pengakap di ibu negara suatu ketika dulu. Namun, semangat berkobar-kobar Abdul Rahim Abdul Hamid nyata berbalas apabila beliau tidak pernah terfikir dianugerahkan dengan gelaran khas tertinggi, Pengakap Diraja. Bagi Penolong Setiausaha Kerja (Program) Persekutuan Pengakap Malaysia itu, kenangan pahit manis sepanjang 35 tahun berbakti dalam dunia pengakap masih terus membara. Ia cuma bermula daripada minat tetapi kini saya berbangga, hobi itu turut dikongsi is...
Image
Khamis Disember 22, 2005 Shafie Salleh dilantik Ketua Pengakap Negara Yang di-Pertuan Agong menyampaikan watikah pelantikan Ketua Pengakap Negara kepada Shafie (Foto: Bernama ) PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Shafie Salleh hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pengakap Negara untuk tempoh lima tahun mulai 1 April lepas hingga 31 Mac 2010. Watikah itu disampaikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara. Jawatan Ketua Pengakap Negara sebelum ini disandang Tan Sri Sulaiman Daud yang juga bekas Menteri Pendidikan. Bercakap kepada pemberita di sini, Dr Shafie berkata Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Pengakap 2006-2010 bagi menangani segala cabaran yang dihadapinya. "Ia juga akan mengetengahkan PPM sebagai pertubuhan yang akan turut memberikan sumbangan penting kepada kemakmuran dan kemajuan negara," katanya mengenai pelan itu yang dijangka diumumkan selepas pe...

Rakan Lama

Image
Bersama-sama Che Zainuddin, DC Hulu Selangor. Dulu merupakan seorang pemimpin pengakap Kumpulan 37 Gombak SMK Kepong. Sekarang bertugas sebagai PK HEM di salah sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor.

JASA ALLAHYARHAM TUN SARDON

02 Oktober, 2009 19:11 PM Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Jasa Allahyarham Tun Sardon Jubir kepada Pergerakan Pengakap dalam negara ini akan dikenang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-23 dari 27 Okt hingga 1 Nov depan, kata seorang pegawai Persekutuan Pengakap Malaysia.Sardon, yang merupakan Ketua Pengakap Negara dari tahun 1963 hingga 1973, telah banyak memberi sumbangan kepada Pergerakan Pengakap tempatan, terutamanya dalam mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968), kata Sahrizal Sunari, Setiausaha Unit Persaudaraan B-P & Veteran, persekutuan tersebut.Dalam satu kenyataan , Jumaat Sahrizal berkata banyak pembangunan pengakap di Malaysia telah dilaksanakan oleh Sardon semasa beliau menerajui Persekutuan Pengakap Malaysia.Antara yang menjadi kebanggaan adalah penganjuran Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 pada tah...

KARTUN

Image
Post aku kali ini berkaitan kartun pengakap yang aku jumpa kat laman web. Ceritanya bacalah kat laman web berkenaan : http://aguri-channel.blogspot.com/feeds/posts/default

CONTOHI KEJAYAAN PENGAKAP

Image
ARKIB : 26/04/2009 Contohi kejayaan pengakap Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SAIFUL HAIZAN HASAM pengarang@utusan.com.my MUHYIDDIN Yassin yang mengiringi Tun Abdullah Ahmad Badawi bergambar dengan pengakap pada Majlis Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia di Stadium Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ahmad Shabery Cheek dan Dr. Shafie Salleh. - Mingguan/ASWAD YAHYA KUALA LUMPUR 25 April - Persekutuan Pengakap Malaysia yang kini mencecah usia 100 tahun harus dicontohi kerana kejayaannya membentuk integrasi nasional di kalangan anggota badan beruniform tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat perpaduan jitu berjaya dibentuk di negara ini melalui gagasan Satu Malaysia. Selain itu beliau berkata, penghayatan ilmu dan asas kesetiaan kepada pemimpin turut menjadi simbol kejayaan badan tersebut dalam membentuk peribadi para anggotanya yang terdiri daripada pelajar sek...

SETEM PENGAKAP MALAYSIA 100 TAHUN

Image
Date of Issue : 14 August 2008 Stamps Classification : Malaysia Scouts Association Stamp Map Reading Denomination : 30sen Stamp Size : 40mm x 30mm Water Activities Denomination : 50sen Stamp Size : 40mm x 30mm Monkey Bridge Denomination : 50sen Stamp Size : 40mm x 30mm The logo for the Scout Association of Malaysia 100th Anniversary Celebration was created based on the founding principles of the worldwide Scout Movement with the theme One World One Promise. The numeric “1” in the logo represents PPM as a distinctive movement where education and knowledge is the essence. The Scout Association of Malaysia Emblem, flanked by the World Scout Emblem and the Jalur Gemilang (National Flag) symbolizes the development of the Malaysian Scout Movement and the nation’s aspirations. The dove stands for the unity and vision of the Scout Movement in realizing the development plans of the Scout Association of Malaysia.Scouting in MalaysiaScouting is a popular co-curricular activity and is a form of tr...

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN

Image
Mr.Lloyd Tan Poa Chan Mr. Lloyd Tan, the founding father of the Malaysian Parkinson's Disease Association (MPDA), passed away on 28th March 2007 at the age of 71. He had suffered from Parkinson's Disease for 19 years. Mr. Lloyd Tan was the first Malaysian Parkinson's patient to open up himself to the whole world. He led the founding members of the MPDA back in 1994. The MPDA was the first Parkinson's support group in Malaysia. He was the first President of the MPDA (1994-1995). In 1996, he was forced to step down due to his deteriorating physical condition. Despite this, he continued to show his undying support for the Malaysian Parkinson's community by being present at most of the functions that were held by the MPDA. Mr. Lloyd Tan was the selfless warrior who believed in fighting for the rights of the neglected Parkinson's community in Malaysia. Penglibatan Dalam Pengakap - "The Dedicated Scoutmaster" Chronology of events in Mr. Lloyd Tan’...

In Loving Memory of Dato' Seri Yang Rashdi bin Maasom 1925-2008

Image
Tuesday, August 12, 2008 -http://lifeandanecdotes.blogspot.com/2008_08_01_archive.html ( Sumber bahan ) He has always said 'once a scouts always a scouts' 1937 - 1942 Ahli Pengakap Kumpulan Kolej Melayu Kuala Kangsar 1949 - 1956 Pemimpin Pengakap Kumpulan Sekolah Sultan Sulaiman, KTrengganu 1956 - 1961 Pesuruhjaya Pengakap Daerah 1961 - 1967 Setiausaha Kehormat, Persekutuan Pengakap Malaysia 1969 - 1973 Pesuruhjaya Wilayah, Malaysia Timur (Sabah, Sarawak) 1961 Ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia 1990 - 2002 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (National Chief Commissioner)

PINGAT 100 TAHUN

Image
Menerima pingat daripada Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia, Dr Mohammed Mukhyuddin

SIJIL DAN PINGAT 100 TAHUN

Image
Terima kasih kepada Majlis Pengakap Negeri Selangor.

JEMPUTAN

Image
Kali ini aku paparkan kad jemputan ke MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH LENCANA PENGAKAP RAJA DAN PENYAMPAIAN PINGAR PERINGATAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA

Kad Jemputan

Image
Ini adalah kad jemputan yang aku terima untuk sambutan 100 tahun pengakap malaysia.

Berita Pengakap Pahang II

ARKIB : 03/02/2009 Lencana sebahagian pakaian seragam KUANTAN 2 Feb. - Kerajaan Pahang menyarankan Pesuruhjaya Pengakap negeri menjadikan program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah sebagai salah satu agenda dalam projek-projek yang dijalankan oleh persatuan itu di negeri ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini, program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah merupakan projek yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri. "Lencana yang dianugerahkan itu boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada pakaian seragam rasmi pengakap. "Saya difahamkan Pesuruhjaya Pengakap Pahang sedang berusaha ke arah itu," katanya ketika menyampaikan Lencana bebas Denggi Pengakap Sekolah kepada 1,042 ahli pengakap seluruh negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek di sini. Menurut beliau, program itu dianggap berkesan dalam membasmi kes demam denggi kerana ahli-ahli pengakap tersebut merupakan sebahagian daripada penduduk kampung ...

Berita Pengakap Pahang

Image
Dato' Hamidin Abdullah ( tiga dari kiri) bersama sebahagian peserta Jambori Pengakap Daerah Jengka di Kem Tengku Mahkota, Pahang, kelmarin. ARKIB : 07/05/2009 80 Ahli Pengakap Jengka sertai Jambori Antarabangsa MARAN 6 Mei - Seramai 80 ahli pengakap dari Jengka di sini akan menyertai Jambori Pengakap Bandar Raya Warisan Bersejarah Dunia Ketujuh di Melaka selama lima hari bermula 30 Mei hingga 4 Jun ini. Penasihat kontinjen Pengakap Daerah Jengka, Datuk Hamidin Abdullah berkata, penyertaan dalam jambori antarabangsa merupakan peluang keemasan kepada peserta untuk bergaul dengan ahli pengakap dari seluruh dunia. ''Pembabitan ahli pengakap di peringkat dunia itu secara langsung dapat mengukuhkan semangat sukarelawan, patriotik dan kemanusiaan sejagat,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menutup Jambori Pengakap Jengka selama empat hari di Kem Tengku Mahkota di sini semalam. Hamidin yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara berkat...

Wajah-wajah Pemimpin

Image
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat PPM YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri YB Datuk Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan Yang ni aku le, siapa lagi. Wajah-wajah Pemimpin Tertinggi yang sempat dirakam sempana Perhimpunan 100 Tahun Pengakap Malaysia pada 25 April yang lalu di Stadium Negara.

P.O.R - Seksyen VI - Perhubungan-Perhubungan Luar dan Antarabangsa

Peraturan 35 ( Akhbar, Siaran Radio dan Telivisyen, Filem dan Penerbitan-Penerbitan ) 35. (1) Ahli-ahli Persekutuan Pengakap tidak dibenarkan mengeluarkan fikiran mereka di dalam akhbar atau melibatkan diri mereka dalam penyiaran radaio dan talivisyen dalam sebarang perkara berkenaan dengan Dasar Pengakap atau perkara-perkara mengenai Pergerakan Pengakap dengan tidak mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pesuruhjaya Negara. (2) Sungguhpun begitu, Majlis-Majlis Pengakap Negeri boleh mengeluarkan pemberitahuan-pemberitahuan dan laporan-laporan di atas gerakerja-gerakerja ahli-ahli mereka kepada akhbar dan boleh juga menerbitkan risalah-risalah dan buku-buku bagi perkembangan Perkembangan Pengakap dalam Negeri mereka masing-masing, tetapi hendaklah mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja dan dalam perkara buku-buku dan risalah-risalah, kandungan-kandungannya hendaklah dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negara bagi persetujuannya dan apa yang tidak dip...

Kenangan Kursus

Image
Kenangan. Kursus Kepimpinan Manikayu Unit Pesuruhjaya - Bahagian I Bahagian II - ?? - tak tau bila sama ada akan diadakan atau tidak. Nampaknya peserta-peserta ini tidak akan dikalungkan. Manikayu yang tergantung?

Larangan Penerbitan Laman Web dan Blog Pengakap

Image
Assalamualaikum... Berkaitan perkara di atas, berhubungan dengan larangan penerbitan laman web dan blog pengakap oleh orang perseorangan, kumpulan dan kelana ( kecuali PPM Daerah, PPM Negeri dan PPM Ibu Pejabat ) adalah sesuatu yang agak mengecewakan. Pada hemat saya, penyebaran maklumat yang berlaku di kumpulan ( sekolah dan kelana ) adalah amat wajar dilakukan. Dalam era globalisasi ini, wadah yang paling sesuai adalah dengan penerbitan laman web atau weblog, kerana ia mudah untuk disebarkan dan mudah untuk diakses. Di samping itu ia boleh menjimatkan belanja dan masa kerana tidak perlu lagi mencetak maklumat di atas kertas dan diedarkan kepada setiap ahli. Mengapakah perkembangan ini harus disekat, adalah kerana ia dihalang oleh POR. Bukankah perlembagaan itu boleh diubah apabila didapati kurang sesuai dengan perkembangan dan peredaran masa. Perlembagaan bukan sesuatu yang jumud. Kita harus berfikiran positif. Pihak atasan seharusnya mengeluarkan garis panduan khusus untuk penerbit...