Larangan Penerbitan Laman Web dan Blog Pengakap
Assalamualaikum...
Berkaitan perkara di atas, berhubungan dengan larangan penerbitan laman web dan blog pengakap oleh orang perseorangan, kumpulan dan kelana ( kecuali PPM Daerah, PPM Negeri dan PPM Ibu Pejabat ) adalah sesuatu yang agak mengecewakan.
Pada hemat saya, penyebaran maklumat yang berlaku di kumpulan ( sekolah dan kelana ) adalah amat wajar dilakukan. Dalam era globalisasi ini, wadah yang paling sesuai adalah dengan penerbitan laman web atau weblog, kerana ia mudah untuk disebarkan dan mudah untuk diakses. Di samping itu ia boleh menjimatkan belanja dan masa kerana tidak perlu lagi mencetak maklumat di atas kertas dan diedarkan kepada setiap ahli.
Mengapakah perkembangan ini harus disekat, adalah kerana ia dihalang oleh POR. Bukankah perlembagaan itu boleh diubah apabila didapati kurang sesuai dengan perkembangan dan peredaran masa. Perlembagaan bukan sesuatu yang jumud. Kita harus berfikiran positif.
Pihak atasan seharusnya mengeluarkan garis panduan khusus untuk penerbitan laman web dan blog yang menggunakan nama dan logo PPM. Ini adalah bertujuan untuk menjaga atau menyekat penyebaran maklumat yang tidak tepat dan juga maklumat yang boleh menjejaskan kredebeliti PPM.
Mungkin ada beberapa laman web yang agak mengelirukan seperti http://www.pengakap.net/ yang menggunakan nama Persekutuan Pengakap Malaysia, dan http://scout.nohal.com/index.php yang menggunakan nama Pergerakan Pengakap Malaysia. Sekali imbas ia macam kepunyaan PPM. Hal inilah yang diharusnya dipantau dan disekat daripada diterbitkan.
Di samping itu pemaparan maklumat yang tidak dikemaskini seperti ini tidak harus berlaku. Ia memberi maklumat yang tidak tepat kepada satu dunia.Penggunaan nama dan URL adalah penting. Oleh itu kita harus berhati-hati.
Beberepa garis panduan yang saya rasa patut diketengahkan atau diambil kira oleh webmaster atau blogmaster ialah :
1. Penggunaan nama dan URL yang sesuai yang mewakili sesebuah kumpulan.
2. Menyatakan nama, alamat kumpulan di dalam web atau blog.
3. Memasukkan data yang tepat dan tidak bertentangan dengan PPM.
4. Hanya untuk tujuan penyebaran maklumat dan aktiviti kumpulan kepada ahli.
5. Penggunaan laras bahasa yang tepat dan sesuai.
6. Tidak "mencedok" atau "plagiat" maklumat daripada laman web atau blog orang lain.
7. Menyatakan sumber bahan atau maklumat yang dipetik.
8. Sentiasa update dengan maklumat terkini.
9. Sentiasa merujuk kepada laman web rasmi sama ada PPM Ibu Pejabat, PPM Negeri atau PPM Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.
10. Tidak memaparkan isu yang sensitif atau bersifat politik.
Comments