Posts

Kad Jemputan

Image
Ini adalah kad jemputan yang aku terima untuk sambutan 100 tahun pengakap malaysia.

Berita Pengakap Pahang II

ARKIB : 03/02/2009 Lencana sebahagian pakaian seragam KUANTAN 2 Feb. - Kerajaan Pahang menyarankan Pesuruhjaya Pengakap negeri menjadikan program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah sebagai salah satu agenda dalam projek-projek yang dijalankan oleh persatuan itu di negeri ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini, program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah merupakan projek yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri. "Lencana yang dianugerahkan itu boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada pakaian seragam rasmi pengakap. "Saya difahamkan Pesuruhjaya Pengakap Pahang sedang berusaha ke arah itu," katanya ketika menyampaikan Lencana bebas Denggi Pengakap Sekolah kepada 1,042 ahli pengakap seluruh negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek di sini. Menurut beliau, program itu dianggap berkesan dalam membasmi kes demam denggi kerana ahli-ahli pengakap tersebut merupakan sebahagian daripada penduduk kampung ...

Berita Pengakap Pahang

Image
Dato' Hamidin Abdullah ( tiga dari kiri) bersama sebahagian peserta Jambori Pengakap Daerah Jengka di Kem Tengku Mahkota, Pahang, kelmarin. ARKIB : 07/05/2009 80 Ahli Pengakap Jengka sertai Jambori Antarabangsa MARAN 6 Mei - Seramai 80 ahli pengakap dari Jengka di sini akan menyertai Jambori Pengakap Bandar Raya Warisan Bersejarah Dunia Ketujuh di Melaka selama lima hari bermula 30 Mei hingga 4 Jun ini. Penasihat kontinjen Pengakap Daerah Jengka, Datuk Hamidin Abdullah berkata, penyertaan dalam jambori antarabangsa merupakan peluang keemasan kepada peserta untuk bergaul dengan ahli pengakap dari seluruh dunia. ''Pembabitan ahli pengakap di peringkat dunia itu secara langsung dapat mengukuhkan semangat sukarelawan, patriotik dan kemanusiaan sejagat,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menutup Jambori Pengakap Jengka selama empat hari di Kem Tengku Mahkota di sini semalam. Hamidin yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara berkat...

Wajah-wajah Pemimpin

Image
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat PPM YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri YB Datuk Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan Yang ni aku le, siapa lagi. Wajah-wajah Pemimpin Tertinggi yang sempat dirakam sempana Perhimpunan 100 Tahun Pengakap Malaysia pada 25 April yang lalu di Stadium Negara.

P.O.R - Seksyen VI - Perhubungan-Perhubungan Luar dan Antarabangsa

Peraturan 35 ( Akhbar, Siaran Radio dan Telivisyen, Filem dan Penerbitan-Penerbitan ) 35. (1) Ahli-ahli Persekutuan Pengakap tidak dibenarkan mengeluarkan fikiran mereka di dalam akhbar atau melibatkan diri mereka dalam penyiaran radaio dan talivisyen dalam sebarang perkara berkenaan dengan Dasar Pengakap atau perkara-perkara mengenai Pergerakan Pengakap dengan tidak mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pesuruhjaya Negara. (2) Sungguhpun begitu, Majlis-Majlis Pengakap Negeri boleh mengeluarkan pemberitahuan-pemberitahuan dan laporan-laporan di atas gerakerja-gerakerja ahli-ahli mereka kepada akhbar dan boleh juga menerbitkan risalah-risalah dan buku-buku bagi perkembangan Perkembangan Pengakap dalam Negeri mereka masing-masing, tetapi hendaklah mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja dan dalam perkara buku-buku dan risalah-risalah, kandungan-kandungannya hendaklah dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negara bagi persetujuannya dan apa yang tidak dip...

Kenangan Kursus

Image
Kenangan. Kursus Kepimpinan Manikayu Unit Pesuruhjaya - Bahagian I Bahagian II - ?? - tak tau bila sama ada akan diadakan atau tidak. Nampaknya peserta-peserta ini tidak akan dikalungkan. Manikayu yang tergantung?

Larangan Penerbitan Laman Web dan Blog Pengakap

Image
Assalamualaikum... Berkaitan perkara di atas, berhubungan dengan larangan penerbitan laman web dan blog pengakap oleh orang perseorangan, kumpulan dan kelana ( kecuali PPM Daerah, PPM Negeri dan PPM Ibu Pejabat ) adalah sesuatu yang agak mengecewakan. Pada hemat saya, penyebaran maklumat yang berlaku di kumpulan ( sekolah dan kelana ) adalah amat wajar dilakukan. Dalam era globalisasi ini, wadah yang paling sesuai adalah dengan penerbitan laman web atau weblog, kerana ia mudah untuk disebarkan dan mudah untuk diakses. Di samping itu ia boleh menjimatkan belanja dan masa kerana tidak perlu lagi mencetak maklumat di atas kertas dan diedarkan kepada setiap ahli. Mengapakah perkembangan ini harus disekat, adalah kerana ia dihalang oleh POR. Bukankah perlembagaan itu boleh diubah apabila didapati kurang sesuai dengan perkembangan dan peredaran masa. Perlembagaan bukan sesuatu yang jumud. Kita harus berfikiran positif. Pihak atasan seharusnya mengeluarkan garis panduan khusus untuk penerbit...
Image
Rakan-rakan seperjuangan dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak

Anugerah Pengakap Raja

150 Terima Anugerah Pengakap Raja June 5, 2008 · Anugerah Pengakap Raja merupakan pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli pengakap. Anugerah ini juga adalah simbol kejayaan ahli pengakap remaja yang berjaya menamatkan skima lencana di dalam pergerakan pengakap sekolah. Mereka yang diberikan Lencana Pengakap Raja akan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja. Majlis penuh bermakna itu diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Baginda turut berkenan mencemar duli menyampaikan penganugerahan Sijil-Sijil Pengakap Raja kepada 150 orang penerima. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim; Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Ahmad Kamal Shahid; Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak, Dato’ Ismail Shah Bodin. - perak.gov.my Sumber : http://perakdaily.com/?p...

Berita Pengakap ( 2006 )

Tanamkan Sikap Cintakan Alam Sekitar Di Kalangan Pengakap 19 Disember, 2006 22:22 p.m KUALA PILAH, 19 Dis (Bernama) -- Semangat cintakan alam sekitar perlu ditanam pada diri setiap anggota pasukan pengakap dan dijadikan sebagai salah satu aktiviti ketika perhimpunan besar seperti jambori, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman Said hari Selasa.Beliau berkata ini penting dalam membantu usaha kerajaan memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan generasi muda negara ini."Selain aktiviti perkhemahan serta aktiviti yang lainnya aktiviti yang menyemai sikap cintakan alam sekitar hendaklah dimasukkan sebagai salah satu acara penting dalam perhimpunan pengakap seperti jambori," katanya ketika menutup Jambori Pengakap Malaysia ke-11 di Pusat Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini.Seramai 6,000 orang pengakap menyertai jambori itu termasuk dari Indonesia, Maldives, Sri Lanka, Brunei, Singapura dan England. Jambori selama lapan hari itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan ...

Gedjet III

Image

Gedjet II

Image

Gedjet

Image
Kenangan lama mengimbau kembali pabila melihat photo ini. Untuk kalian semua kuabadikan photo ini buat tatapan semua pencinta pengakap.... Gambar ini diambil pada tahun 1991 di Maktab Perguruan Kuala Terengganu

Persatuan Pengakap Kerjasama Rantau Asean (ASARC)

20 Oktober, 2008 21:02 PM ASARC Bantu Kemboja, Laos Dan Vietnam Dalam Pergerakan Pengakapnya JAKARTA, 20 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengakap Kerjasama Rantau Asean (ASARC) akan membantu membangunkan pergerakan pengakap di Kemboja, Laos dan Vietnam supaya ketiga-tiga negera itu dapat mengambil bahagian aktif dalam persatuan ini.Setiausaha agung ASARC, Nasaruddin Shamsuddin berkata Kemboja mempunyai kira-kira 20,000 anggota pengakap, Vietnam pula kira-kira 30,000 orang yang menunjukkan minat dalam persatuan ini manakala pergerakan pengakap di Laos akan dibangunkan semula yang mula aktif sejak 1937.Beliau berkata ini adalah antara resolusi yang diambil pada persidangan ASARC kedua di sini selama tiga hari bermula Khamis lepas.Pada persidangan ini pemimpin Pramuka Indonesia Prof Azrul dipilih sebagai pengerusi ASARC sementara penggiat pengakap Malaysia, Nasaruddin dipilih sebagai setiausaha agung sementara Datuk Kaharuddin Momin sebagai bendahari.Nasaruddin berkata ASARC meletakkan harapa...

Kursus Manikayu Peringkat IVA

Image
Ini pula kenangan semasa mengikuti Kursus Manikayu Peringkat IVA di Kem (?? - lupa lah ) di Pulau Langkawi. Sekarang kem ini dah tak ade lagi. lokasinya dekat je dengan pekan Kuah. Maklum masa tu ( tahun 1992 ) Langkawi belum membangun seperti sekarang.

Kursus Manikayu Peringkat III

Image
Dalam silibus lama Kursus Manikayu Peringkat III ialah berkhemah 3 hari 2 malam ( selepas itu ditukar menjadi peringkat II, sebelum sistem modular ) Kenangan bersama ahli KLM ke-30 Maktab Perguruan Kuala Terengganu di Kem Putri, Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban tahun 1991

Kad Raya 2006

Image
Ku abadikan Kad Raya ini buat tatapan semua, khas untuk warga pengakap. Dikesempatan ini ingin kurakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin atas segala kekurangan sepanjang memegang jawatatan DC sejak 2006 Ikan sepat ikat siakap, Dimasak buat santapan raja, Sekali berpengakap terus berpengakap, Selamat kita sambut hari raya, Budak pengakap tersalah skaf, Pemimpin pula skaf tersilang, Mari kita saling bermaaf, Menjadikan suasana raya gemilang. Catatan : Kad ini adalah kad Selamat Hari Raya yang dikirim oleh Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor pada 1 Syawal 1426 Hijriah @ tahun 2006

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-3 ( 1963 - 1968 )

Image
Dato' Syed Esa bin Alwee Mantan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ( 18.05.1964 - 24.11.1964) Mantan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ( 25.11.1964 - 19.08.1969 )

Ketua Pengakap Negara ke-2 ( 1961 - 1963 )

Image
Abd Rahman bin Talib Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916 di Temerloh Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran beliau dan kemudian melanjutkan pengajian di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman memulakan kerjayanya pada tahun 1940 dengan bertugas sebagai guru di Sekolah Abdullah, Kuantan. Selepas hampir lima tahun menjadi pendidik, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang pada tahun 1945. Pada tahun 1952, beliau telah mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1957, Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1959, Menteri Pelajaran pada tahun 1960 hingga 1962, Menteri Ke...

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-4 ( 1969 - 1987 )

Image
Setelah penat mencari, akhirnya jumpa juga potret YBhg Dato' Syed Hashim bin Abdullah ,P.N.B.S., J.M.N., P.I.S., Pingat Pengakap Sedunia (Yang Tertinggi). mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang ke-4 ( 1969 - 1987 ) Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak ( April 1964 hingga Oktober 1965 ), sebelum itu pernah menjadi Presiden Ke-2 Majlis Belia Malaya dari tahun 1955 hingga 1957