Posts

Showing posts from August, 2008

Ketua Pengakap Negara ke-2 ( 1961 - 1963 )

Image
Abd Rahman bin Talib Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916 di Temerloh Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran beliau dan kemudian melanjutkan pengajian di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman memulakan kerjayanya pada tahun 1940 dengan bertugas sebagai guru di Sekolah Abdullah, Kuantan. Selepas hampir lima tahun menjadi pendidik, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang pada tahun 1945. Pada tahun 1952, beliau telah mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1957, Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1959, Menteri Pelajaran pada tahun 1960 hingga 1962, Menteri Ke

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-4 ( 1969 - 1987 )

Image
Setelah penat mencari, akhirnya jumpa juga potret YBhg Dato' Syed Hashim bin Abdullah ,P.N.B.S., J.M.N., P.I.S., Pingat Pengakap Sedunia (Yang Tertinggi). mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang ke-4 ( 1969 - 1987 ) Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak ( April 1964 hingga Oktober 1965 ), sebelum itu pernah menjadi Presiden Ke-2 Majlis Belia Malaya dari tahun 1955 hingga 1957

Cenderamata 1987

Image
Cenderamata yang dah berusia 21 tahun Pagi tadi semasa aku berada di Bilik Gerakan SK Taman Melawati, aku ternampak cenderamata ini dipamirkan di atas meja bersama-sama dengan piala dan cenderamata lain. Pada cenderamata ini tertera maklumat berikut " Program Perkhemahan 4, Pengakap Gombak 1987 ".

Jambori Keamanan Antarabangsa Melaka

Image
20 Ogos, 2008 14:19 PM Pengakap Mampu Bantu Wujudkan Keamanan Sejagat, Kata Abdullah MELAKA, 20 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pergerakan pengakap mampu membantu dalam mewujudkan keamanan sejagat berdasarkan kepada falsafah mereka yang menjurus kepada penekanan terhadap aspek mengenai persaudaraan, kedamaian dan keamanan. Perdana Menteri berkata anggota pengakap di seluruh dunia disemai dengan semangat persaudaraan yang tinggi, cintakan keamanan, kedamaian dan bersedia memberi pertolongan pada bila-bila masa. "Pengakap adalah satu pergerakan yang global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini hari ini. Jambori selama tujuh hari yang bermula sejak 18 Ogos lepas, dihadiri kira-kira 1,000 peserta dari negara rantau Asia Pasifik seperti Mesir, Lubnan, Thailand, Yaman

Jambori Keamanan Antarabangsa Melaka

Image
ARKIB Utusan Online: 20/08/2008 Pengakap mampu bantu wujudkan keamanan sejagat - PM 20/08/2008 1:36pm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan sebahagian pengakap pada majlis perasmian Jambori Keamanan Antarabangsa Pengakap Ke - 3 hari ini MELAKA 20 Ogos — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pergerakan pengakap mampu membantu dalam mewujudkan keamanan sejagat berdasarkan kepada falsafah mereka yang menjurus kepada penekanan terhadap aspek mengenai persaudaraan, kedamaian dan keamanan. Perdana Menteri berkata, anggota pengakap di seluruh dunia disemai dengan semangat persaudaraan yang tinggi, cintakan keamanan, kedamaian dan bersedia memberi pertolongan pada bila-bila masa. “Pengakap adalah satu pergerakan yang global,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini hari ini. Jambori selama tujuh hari yang bermula sejak 18 Ogos lepas, dihadiri kira-kira 1,000

Resah

Jam di dinding menunjukkan pukul 12.57 minit pagi... tapi aku masih di sini, mengadap komputer ini masuk blog ppm gombak ( hambar ) pergi menjengok tadashi ( baca puisi-puisinya ) buka sekejap a. samad said singgah di blog rajiah ( baca kisah-kisahnya ) rasa macam nak menulis, macam tadashi, macam rajiah tapi aku bukan seorang penulis... tak tau apa nak tulis tapi aku tetap resah semua dah masuk tidor hanya tinggal aku keseorangan memikirkan di mana kesudahan aku berjayakah aku atau gagalkah aku menjadi pemimpin banyak perkara yang belum kuselesaikan hanya aku yang tau semuanya mungkin salah aku selalu sibuk ( betulkah aku sibuk?) Esok pagi aku nak ke shah alam hantar anak ke jambori sempadan petang pula nak mesyuarat lagi kat shah alam ( orang umah kata tak yah balik - entahlah ) memang letih ( patutkah aku berehat ) tapi esok aku akan gembira melihat kawan-kawan menerima anugerah pingat perkhidmatan baik, sijil kepujian ketua pengakap negara, betulkah aku, tak salah pilihkah aku kera

Setem 100 tahun pengakap

Image
Setem 100 tahun pengakap KOLEKSI KENANGAN: Kakitangan Pos Malaysia Bhd, Siti Nor Ain Ramlan menunjukkan setem 100 Tahun Pengakap Malaysia yang dijual Khamis ini di pejabat pos seluruh negara. KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd mengeluarkan setem pos kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama sempena memperingati ulang tahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia yang dilancarkan pada 14 Ogos ini. Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli, berkata setem berkenaan bertujuan menghargai pengakap dan memaparkan maklumat mengenai aktiviti persekutuan itu sejak 1908. “Setem ini keluaran kelapan tahun ini dan edisi keempat setem kenang-kenangan sempena sambutan berkenaan. “Ia akan dijual kepada orang ramai di semua pejabat pos seluruh Malaysia mulai Khamis ini,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran Ulang Tahun Ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia, Isma

Seratus Tahun Pengakap Malaysia?

Dalam keghairahan kita menyambut Perayaan 100 Tahun Pengakap Malaysia ( 1908 - 2008 ), kita tidak sedar bahawa kita masih banyak mempunyai kelemahan yang perlu kepada penambahbaikan. Saya ingin ketengahkan satu perkara, iaitu tentang sejarah pergerakan pengakap di negara kita Malaysia. Rata-rata buku ataupun laman web mencatatkan permulaan sejarah di Malaysia ialah pada tahun 1910, yang dimulakan di Singapura oleh F.C Sands. Cuma ada yang menulis, pergerakan Pengakap dipercayai dimulakan di Pulau Pinang pada tahun 1908, dan 1909 di Selangor, tetapi gagal. Adakah tanpa bukti yang kukuh seperti ini, kita mahu menganggap usia pengakap di negara kita sudah berusia 100 tahun. Apakah bukti yang kita ada? Adakah pada tahun 1910 itu kita mempunyai bukti yang yang boleh dilihat, atau sekadar ditulis oleh beberapa penulis dalam buku mereka atau laman web. Seeloknya dalam kita menyambut Perayaan 100 tahun ini, kita adakah forum atau seminar yang membariskan para sejarawan kita untuk mencari bu