Posts

Showing posts from January, 2012

Tuanku Mizan rasmi Jambori Pengakap ke-12

Image
ARKIB : 19/11/2011 Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima anugerah Bintang Tunas Kencana daripada Pengerusi Gerakan Pramuka Indonesia, Prof. Dr. Azrul Azwar (kiri) di Kuala Terengganu, semalam. – BERNAMA KUALA TERENGGANU 18 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu 2011 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di sini, hari ini. Ketibaan Seri Paduka disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh. Sejurus selepas perasmian, Tuanku Mizan menandatangani plak pengisytiharan penubuhan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Pengakap Telaga Batin dan berkenan melancarkan Syiling Peringatan Pengakap 100 Tahun di Malaysia. Jambori selama lapan hari bermula semalam itu disertai 10,800 pengakap dari seluruh negara dan juga 800 pengakap dari 15 negara dari seluruh dunia. Bertem

Meraikan Kem Tengku Mahkota

Image
ARKIB : 14/04/2011 0 Oleh SALEHUDIN MAT RASAD utusanpahang@utusan.com.my SEBAHAGIAN daripada peserta pengakap sekolah yang menyertai program anjuran Pesekutuan Pengakap daerah Jengka, Pahang, baru-baru ini. – Utusan/Salehudin Mat Rasad KUALA KRAU 13 April – Jambori Antarabangsa 30 Tahun Pengakap Jengka dan perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota di Bandar Jengka di sini selama lima hari melibatkan ahli pengakap dari seluruh negeri dan luar negara. Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Pahang, Datuk Hamidin Abdullah berkata, program tersebut melibatkan ahli pengakap dari negara lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Menurut beliau, pemilihan Kem Tengku Mahkota sebagai menyambut ulang tahun tersebut amat bermakna kerana kem itu dirasmikan sendiri oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 1985. “Pada 16 April ini, genap usia 30 tahun penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka yang mana tarikh tersebut berlaku penyerahan be

KLKM PERLU LEBIH MENONJOL

Image
CERIA... Sebahagian rakaman foto Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri, KLKM 2011 di Dewan Budaya, USM. Pulau Pinang, 21 Mei - Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) disaran supaya lebih aktif dan menonjolkan diri terutama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi melahirkan ahli pengakap yang lebih berwibawa dan berketrampilan. Ketua Pengakap Negara, Dato’ Seri Paduka Dr. Shafie Hj. Mohd Salleh berkata, ketrampilan badan beruniform itu perlu diketengahkan dengan lebih jelas supaya fungsi dan peranannya kepada masyarakat mampu dilaksanakan secara lebih berkesan. Katanya, selain nilai ketrampilan, kemahiran kepengakapan yang dipelajari dalam KLKM juga perlu diaplikasikan bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera. `` Dalam meneroka hidup dalam arus pemodenan yang semakin mencabar, golongan muda diingatkan agar mempunyai nilai IQ yang tinggi dan mampu membuat keputusan yang terbaik, di samping men

Permaisuri Agong, PM Terima Anugerah Tertinggi Pengakap

Image
Posted by Sahabat-Gunung on 11:44 AM in slider , tuju | 0 Komen Datuk Mat Razali Kassim sedang menerima bintang persekutuan Pengakap Malaysia dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di di Balairong Istana Melawati, Putrajaya, semalam. Laporan Teganukita menyebut, pada majlis berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat adalah antara penerima bintang di Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia itu. Beliau menerima Bintang Semangat Perak iaitu anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang disampaikan kepad

Perginya Seorang Tokoh Pengakap Negeri Johor Berjasa

Image
Tuan Haji Hamidon bin Harun mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah kembali ke rahmatullah pada 5 Februari 2011 lebih kurang pukul 12.30 malam di Hospital Pakar Ampang. Jenazah almarhum akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Razak Ampang, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan KOSAS pada 6 Februari 2011. Seorang tokoh Pengakap negeri Johor yang aktif dan disegani. Beliau seorang yang berpewatakan lemah lembut tetapi tegas, dan tetap pendirian. Walaupun beliau mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit jantung, semasa hayatnya beliau masih berupaya memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Negeri Johor selepas mantan Tn Hj Ibrahim bin Junid dilantik sebagai ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia. Apabila segala tugas yang telah diamanahkan ke atas beliau telah selesai serta berpuas hati dengan organisasi PPMN Johor yang telah mantap, maka ketika itu beliau membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Negeri kepada Tn Hj Yaacob bin A Ka