Permaisuri Agong, PM Terima Anugerah Tertinggi Pengakap

Datuk Mat Razali Kassim sedang menerima bintang persekutuan Pengakap Malaysia dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM

peringkat kebangsaan di Istana Melawati di di Balairong Istana Melawati, Putrajaya, semalam.



Laporan Teganukita menyebut, pada majlis berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat adalah antara penerima bintang di Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia itu.



Beliau menerima Bintang Semangat Perak iaitu anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan pengakap.



Turut menerima bintang yang sama ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud bersama-sama beberapa penerima lain dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak.



Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Toh Puan Seri Norliza Mahmud, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah antara tetamu yang hadir selain beberapa Menteri Pusat.



Penerima-penerima lain dari Terengganu pada majlis hari ini ialah Yang Di Pertua Majlis Daerah Setiu, Ishamudin Hashim, Haji Ahmad Awang (Unit Perancang Ekonomi Terengganu) dan Zulkifli Ali (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Pengurusan Majlis dan Protokol).



Mereka menerima Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) iaitu pingat yang dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan pengakap.



Manakala Pegawai Pengurusan Majlis dan Protokol , Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Mohd.Zahari Jannah menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) iaitu pingat kepada mereka yang memberi sumbangan yang sama juga dengan PPG.



Ahmad Said bersyukur dan bangga di atas anugerah yang diterima oleh pimpinan dan pegawai dari Terengganu di majlis berkenaan semalam.



Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.



Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.



Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.



Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang.



Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM.



Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria



Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap .

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN