Posts

Showing posts from May, 2009

Kad Jemputan

Image
Ini adalah kad jemputan yang aku terima untuk sambutan 100 tahun pengakap malaysia.

Berita Pengakap Pahang II

ARKIB : 03/02/2009 Lencana sebahagian pakaian seragam KUANTAN 2 Feb. - Kerajaan Pahang menyarankan Pesuruhjaya Pengakap negeri menjadikan program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah sebagai salah satu agenda dalam projek-projek yang dijalankan oleh persatuan itu di negeri ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini, program Lencana Bebas Denggi Pengakap Sekolah merupakan projek yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri. "Lencana yang dianugerahkan itu boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada pakaian seragam rasmi pengakap. "Saya difahamkan Pesuruhjaya Pengakap Pahang sedang berusaha ke arah itu," katanya ketika menyampaikan Lencana bebas Denggi Pengakap Sekolah kepada 1,042 ahli pengakap seluruh negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek di sini. Menurut beliau, program itu dianggap berkesan dalam membasmi kes demam denggi kerana ahli-ahli pengakap tersebut merupakan sebahagian daripada penduduk kampung

Berita Pengakap Pahang

Image
Dato' Hamidin Abdullah ( tiga dari kiri) bersama sebahagian peserta Jambori Pengakap Daerah Jengka di Kem Tengku Mahkota, Pahang, kelmarin. ARKIB : 07/05/2009 80 Ahli Pengakap Jengka sertai Jambori Antarabangsa MARAN 6 Mei - Seramai 80 ahli pengakap dari Jengka di sini akan menyertai Jambori Pengakap Bandar Raya Warisan Bersejarah Dunia Ketujuh di Melaka selama lima hari bermula 30 Mei hingga 4 Jun ini. Penasihat kontinjen Pengakap Daerah Jengka, Datuk Hamidin Abdullah berkata, penyertaan dalam jambori antarabangsa merupakan peluang keemasan kepada peserta untuk bergaul dengan ahli pengakap dari seluruh dunia. ''Pembabitan ahli pengakap di peringkat dunia itu secara langsung dapat mengukuhkan semangat sukarelawan, patriotik dan kemanusiaan sejagat,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menutup Jambori Pengakap Jengka selama empat hari di Kem Tengku Mahkota di sini semalam. Hamidin yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara berkat