Posts

Showing posts from September, 2012

Ahli Pengakap diingatkan agar lebih berdisiplin

Image
MOHAMAD Shahrom Osman (tengah) memeriksa perbarisan Pengakap Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh selepas merasmikan Jambori Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-kanak dan Remaja daerah Lipis, di Kem Pengakap Kampung Chat, Benta, semalam. KUALA LIPIS 13 Mei - Setiap ahli pasukan Pengakap diingatkan supaya lebih berdisiplin, hormat-menghormati dan memiliki jati diri yang tinggi sejajar dengan aspirasi konsep 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, usaha itu perlu dipikul bersama supaya organisasi itu ditonjolkan sebagai pasukan beruniform yang boleh membina disiplin diri dan jati diri kanak-kanak, remaja dan belia. "Saya yakin berasaskan penghayatan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, amalan disiplin yang diamalkan oleh ahli dapat membentuk mereka lebih berdikari dan berjaya dalam kehidupan kelak. "Penghayatan ilmu dan kemahiran latihan menjadi sim