Posts

Showing posts from February, 2010
Image
ARKIB : 20/01/2010 ( Utusan Online ) Tingkat kemahiran KAHARUDIN Momin (tengah-baris depan) bergambar bersama penerima anugerah Manik Kayu Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Negeri Johor di UTHM, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini. SERAMAI 65 ahli pengakap pelbagai peringkat di negeri ini menyertai kursus manik kayu anjuran Persekutuan Pengakap Negeri Johor baru-baru ini. Dengan kejayaan menyertai kursus tersebut, para peserta kini diiktiraf sebagai pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana dalam persatuan itu. Majlis penganugerahan sijil kepada peserta yang diadakan di Dewan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Kaharudin Momin. Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Yaacob A. Karim.
Image
100 Tahun Menabur Jasa Posted on the November 30th, 2009 under Berita, Unik by Syedz Evolusi seabad Pengakap di bumi Malaysia PERGERAKAN Pengakap menjadi antara pasukan beruniform paling digemari kebanyakan remaja sejak dulu lagi dan tidak ketinggalan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (berdiri lima dari kanan) sewaktu belajar di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. BELIAU pernah cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu kem jambori biasa pengakap di ibu negara suatu ketika dulu. Namun, semangat berkobar-kobar Abdul Rahim Abdul Hamid nyata berbalas apabila beliau tidak pernah terfikir dianugerahkan dengan gelaran khas tertinggi, Pengakap Diraja. Bagi Penolong Setiausaha Kerja (Program) Persekutuan Pengakap Malaysia itu, kenangan pahit manis sepanjang 35 tahun berbakti dalam dunia pengakap masih terus membara. Ia cuma bermula daripada minat tetapi kini saya berbangga, hobi itu turut dikongsi is
Image
Khamis Disember 22, 2005 Shafie Salleh dilantik Ketua Pengakap Negara Yang di-Pertuan Agong menyampaikan watikah pelantikan Ketua Pengakap Negara kepada Shafie (Foto: Bernama ) PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Shafie Salleh hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pengakap Negara untuk tempoh lima tahun mulai 1 April lepas hingga 31 Mac 2010. Watikah itu disampaikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara. Jawatan Ketua Pengakap Negara sebelum ini disandang Tan Sri Sulaiman Daud yang juga bekas Menteri Pendidikan. Bercakap kepada pemberita di sini, Dr Shafie berkata Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Pengakap 2006-2010 bagi menangani segala cabaran yang dihadapinya. "Ia juga akan mengetengahkan PPM sebagai pertubuhan yang akan turut memberikan sumbangan penting kepada kemakmuran dan kemajuan negara," katanya mengenai pelan itu yang dijangka diumumkan selepas pe

Rakan Lama

Image
Bersama-sama Che Zainuddin, DC Hulu Selangor. Dulu merupakan seorang pemimpin pengakap Kumpulan 37 Gombak SMK Kepong. Sekarang bertugas sebagai PK HEM di salah sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor.