Posts

Showing posts from February, 2009

Larangan Penerbitan Laman Web dan Blog Pengakap

Image
Assalamualaikum... Berkaitan perkara di atas, berhubungan dengan larangan penerbitan laman web dan blog pengakap oleh orang perseorangan, kumpulan dan kelana ( kecuali PPM Daerah, PPM Negeri dan PPM Ibu Pejabat ) adalah sesuatu yang agak mengecewakan. Pada hemat saya, penyebaran maklumat yang berlaku di kumpulan ( sekolah dan kelana ) adalah amat wajar dilakukan. Dalam era globalisasi ini, wadah yang paling sesuai adalah dengan penerbitan laman web atau weblog, kerana ia mudah untuk disebarkan dan mudah untuk diakses. Di samping itu ia boleh menjimatkan belanja dan masa kerana tidak perlu lagi mencetak maklumat di atas kertas dan diedarkan kepada setiap ahli. Mengapakah perkembangan ini harus disekat, adalah kerana ia dihalang oleh POR. Bukankah perlembagaan itu boleh diubah apabila didapati kurang sesuai dengan perkembangan dan peredaran masa. Perlembagaan bukan sesuatu yang jumud. Kita harus berfikiran positif. Pihak atasan seharusnya mengeluarkan garis panduan khusus untuk penerbit...