Tugas District Commesioner ( DC )

TUGAS(JOB DESCRIPTION)
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH

PESURUHJAYA DAERAH
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA KAWASAN / NEGERI


Fungsi Pesuruhjaya Daerah di daerahnya adalah secara am, bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, dengan kerjasama Majlis Daerah Pengakap di mana perlu, untuk kebajikan, kemajuan dan latihan Pergerakan dan untuk dasar organisasi dan persatuan, terutama :-
1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan Pengakap di- dalam daerah dalam bidang-bidang berikut :-
 Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif kakitangan kumpulan-kumpulan dan pengurusan peribadi.
 Perkembangan Pergerakan.
 Program Muda/Remaja dan aktiviti-aktiviti latihan
 Harta dan pentadbiran.
 Latihan Pemimpin.
 Pentadbiran kakitangan.
 Pemasaran dan Promosi Pergerakan Pengakap.
2. Mengalakkan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah supaya setiap generasi muda berpeluang mengambil bahagian di dalam Pergerakan Pengakap
3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah Pengakap dan memastikan jawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan menerima laporan-laporan pencapaian mereka
4. Bersama-sama dengan Pemimpin Kumpulan menilai pencapaian kumpulan tersebut.
5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan sebagaimana diperlukan.
6. Memastikan Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau kawasan aktiviti di- dalam Daerah dan bertindak sebagai Penasihat bagi Jawatankuasa Pengurusan.
7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia di dalam masyarakat khasnya Pandu Puteri, B.P. Scout Guild, Persaudaraan Pengakap Raja dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat amnya.
8. Memastikan semua Jawatankuasa Kumpulan hadir perlantikan Pemimpin Kumpulan sebagai suatu yang diutamakan.
9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan aktiviti sebagaimana yang tercatat didalam ‘Scouting for Boys’, POR dan Buku Panduan Pengakap
10. Berurusan dengan apa sahaja di bawah bidang kuasa beliau mengikut POR. terutamanya dengan :-
 Tauliah-tauliah
 Pangkat-pangkat terhormat
 Pendaftaran kumpulan
 Keahlian Pengakap dan ahli-ahli biasa
 Pingat-pingat dan anugerah-anugerah
11. Mengawal semua pelawat Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja ketika perkhemahan dan Kelana bertindak sebagai Penasihat dalam apa jua situasi. Sekiranya perlu perkara tersebut akan dilaporkan kepada Pesuruhjaya berkenaan

p/s Ada sesiapa yang berminat nak jadi Pesuruhjaya Daerah....

Comments

Popular posts from this blog

P.O.R

KARTUN

TOKOH PENGAKAP - MR. LLYOD TAN POA CHAN