Kolokium Pengakap Kebangsaan
IKRAR
Kami pesuruhjaya-pesuruhjaya yang dilantik oleh Ketua Pengakap Negara dengan ini berikrar penuh rasa tanggungjawab dan komited untuk meningkatkan diri dan menjalankan tugas mengikut ertikata “Persetiaan Pengakap” yang dilafazkan dan menghayati undang-undangnya, serta pengurusan pergerakan Pengakap Malaysia, secara professional, demi melahirkan ahli-ahli Pengakap yang berdisiplin, berilmu, taat setia kepada atasannya dan mempunyai ketrampilan yang tinggi serta mempunyai semangat daya juang yang kental, berdaya saing yang kukuh di peringkat lokal dan global dan beretika serta sentiasa memenuhi keperluan pembangunan jati diri Negara bangsa kelas pertama.
Persekutuan pengakap Malaysia akan sentiasa meningkatkan keberkesanan dan kecekapan system pengurusan organisasi, pengembangan dan latihan yang bersistematik dan melalui penambahbaikan secara berterusan untuk menkadi sebuah pergerakan pembangunan belia remaja bertaraf dunia.
Aku bersama-sama ADC Noor Sofiah dan ADC Mohd Zulkifli menghadiri kolokium ini mewakili PPM Daerah Gombak yang diadakan pada bulan Disember 2007 di Universiti Putra Malaysia.
Comments