Posts

Showing posts from June, 2012

Jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Pertukaran Nama Jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri di Semenanjung Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pada 28 Mac 2010 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia. Berikut adalah maklumat yang diperolehi dari majlis berprestij tersebut. Semua perkara tersebut berkuatkuasa SERTA MERTA. Pindaan Policy, Organisation and Rules (POR) atau Dasar Pertubuhan Persatuan Beberapa pindaan telah dilakukan dan di antaranya; 1. Pertukaran jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Bertujuan bagi menyeragamkan jawatan tersebut dengan negeri Sabah dan Sarawak. 2. Pertukaran nama jawatan ini turut melibatkan perubahan pada bilangan lengkar di epolet. Lengkar ditambah satu daripada sebelumnya - 3 lengkar menjadi 4 lengkar. 3. Perubahan ini hanya melibatkan jawatan Ketua Pesuruhjaya

Pengakap Sarawak digesa jalin rangkaian dengan organisasi lain untuk tampil lebih menarik

BERNAMA  - Wednesday, June 13, 2012 KUCHING,  (Bernama) - Pergerakan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak, yang bakal menyambut ulang tahun ke-100 tahun depan, mampu menarik minat dan penyertaan generasi muda melalui jalinan rangkaian dengan organisasi lain.  ​ Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata lebih 30,000 anggota pergerakan itu di negeri ini boleh ditambah berdasarkan sokongan berterusan rakyat Sarawak sejak ia ditubuhkan pada 1913.  Sokongan itu akan terus dinikmati jika pergerakan pengakap negeri boleh berkongsi cita-cita serta nilai tinggi mereka dengan yang lain, seterusnya menarik minat lebih ramai orang muda menyertainya, kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam amal anjuran cawangan tersebut di sini.  Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng, penaung cawangan itu, merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut yang turut dihadiri Ketua Pengakap Negara Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh, Pres

Naib Presiden Filipina hadir sesi interaksi bersama Persatuan Pengakap Malaysia

2012/05/28 KUALA LUMPUR: Naib Presiden Filipina, Jejomar C Binay, yang sedang dalam lawatan ke Malaysia, hari ini menghadiri sesi interaksi bersama pegawai dan anggota Persatuan Pengakap Malaysia (SAM).  Binay, yang tiba di sini semalam untuk lawatan tiga hari, adalah presiden kebangsaan Pengakap Filipina dan pengerusi semasa Jawatankuasa Pengakap Serantau Asia Pasifik dalam Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia. Sesi interaksi itu, yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa di sini, adalah usaha berterusan untuk menggalakkan kesetiakawanan dalam kalangan komuniti pengakap di kedua-dua negara. Ketibaan Binay disambut oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr Mohd Shahrom Osman.  Turut hadir ialah Duta Filipina ke Malaysia, J Eduardo Malaya.  Binay menggesa 200 pengakap yang menghadiri sesi itu supaya bangun mendepani cabaran dunia hari ini dan sentiasa bersiap siaga untuk memberi respons serta khidmat mereka kepada golongan yang memerlukan.  Beliau berkata, per